Hi Assalamualaikum.

Saya nak memperkenalkan budak dorm G1. Heeeeeeee. Ni dia .

Neesa chot
Auni Dalilah
Puteri
Akilah
Aisha
Lathifahtunnur
Syazza
Aina Natasya
Sebenarnya semua sekali ada 14 tapi ada beberapa yang tak approve lagi kawan dekat facebook. Haa inilah dia budak dorm aku :DD dorang lah yang hari-hari ku tatap. Ce wah. Hahaha
Hi Assalamualaikum.


Skype w Alia sayang. <3
Video cam. Cerita dengan dia pasal semua. Actually plan nak study sesama tau. tapi. aaa entah lah. Layan jelah. Hilang rindu :>
Hi Assalamualaikum,

Alia:kau balik asrama bila
Ani:Ahad ni.
Alia:Take care!
Ani:Alah lambat lagi lah.
Alia:Pejam celik pejam celik dah ahad. Lambat apa nya.

*bayangkan aku duduk macam mana xD

Betul kata dia tu. Baru hari ni aku terhegeh-hegeh nak carik barang asrama. Then bila pergi kedai tu, dah habis pulak. Tak terfikir langsung kedai tu dah habis stock. Like kecewa dah masatu. Sebab 3kedai dah pergi, 3-3 takde. asdfghjkl. Hmph. Then tanya kawan-kawan semua. dorang pun cam taktahu. Alia suggest pergi Damansara. Tapi aku tak jumpa kedai tu. Lastly , ikut kata mama. Alhamdulilah. Ada jugak. Then beli tudung. Aku rasa tudung tu pendek kot. ahh lantak ah. Dah lebih dari bahu tu kira okay kan. Tu je kot. Kbai :>

Arishah Birthday *

My twin, me, amelia.
Me and my darling :D
Aida,me,Amy
Hi Assalamualaikum.

Ayah:Ani,kalau kena operate macam mana kaki tu
Ani:Hmph entah xD
Mama:lecah kalau kena cuci macammana
Ani:Hahaha, adui doktor saket ah. saket!!!!!!!!!!

Semalam lepas zuhur, jam 2 macam tu gerak pergi klinik sg.buloh.Orang ramai tak terkata. Menunggu punya lah lama. Aku plan smpai Mcd Jam 4 petang. Tapi jam 3.30 aku baru pergi jmpa doktor. Belum amek ubat lagi. Aku tak sanggup tengok jam. Then masa amek num lagi lah. lagi 200lebih nak tunggu turn aku. rasa teruk sangat masa tu. Rasa macam ish , mesti tak sempat ni :(

Bila habis je semua aku terus pergi Mcd Bukit Rahman Putra. Tk kira apapun berlaku. nak jugak pergi. Ayah boleh pulak ajak pergi beli barang sekolah. Aku buat-buat taktahulah masa tu. Hmph,

Then, dah smpai. Dari luar , nampak Ammar. Bila masuk je  dalam. Tegur dorang.

Aida:My bebi!!!!!!!!! *hug
Me:My darling. *hug

awwww :'> then, lepak dengan dorang. Tak beli pape pun makanan Mcd. Save duit. Muehihihi. Ex-crush pun ada tau. Dia dia dia handsome :> Tetiba dia panggil aku. Masa tu boleh pulak aku tersepak kerusi depan dia. Malu tak terkata masa tu!

Him:Hilang terus ayunya hahahahaha
Me:*Tutup muka, then duduk depan dia.
Him:Ani, mana kau Aku rindu kau do! Kau tak Im aku,call aku tak,text aku tak. kau sombong sekarang kan.
Aku sayang kau do ani.
Me:Mana ada sombong. Kau yang tak tegur aku. haa salah siapa sekarang.

Tu je. Then blah. Sebab hmph haa aum, SEGAN. hahaha. Aku like kejap dengan Nurin, kejap dengan Aida. Dorang tak duduk setempat. So aku lari-lari lah. Bila jumpa dia, then lmbai. Haha.
Birthday girl,me , nurin!

Tu haaa birthday girl nyaaaaaaa. Cantik kan dia. Aku tengok dia happy je . Of course lah dia happy sebab birthday dia kan. Kawan dia pun semua ada. Bestnya dia. Yang aku tak dapat jumpa hari Izzati dengan Dalila and Qistina. Missed them like hell k. hmph :/

Shopping barang Asrama*

Hi Assalamualaikum,

If you look properly, my eyes don't have same size.
Sebelah besar, sebelah kecik

Orang kata kalau update blog pagi baru syok. Tenang. Takde orang bangun lagi. Okay nak try ni.


Okay semalam aku pergi Bangunan Maju Junction.Teman Ayah pergi uruskan tabung haji blahblah. Around jam 3. Baru shopping barang asrama. Beli kain dalam, singlet and food! rasanya cam tak cukup je lagi. And kain dalam tu macam panjang tahu tak. Takut pakai nanti panas lah , then nampak tak lawa. hihihi.
Abang-abang semua ada dekat rumah. Parent pun happy je ;)
 Balik tu online jap. Then terjumpa ni dekat facebook senior. sorry ambil gambar ni tanpa izin :/


 Semangat LK do dorang ni. aku tengok pun cam best je bawa benda tu. Junior tak pakai beg tu lagi. Kiteorang pakai beg puteh tu je. Taktahu bila nak dapat beg hitam tu or takkan dapat kot? Hmph :/

Lately, aku suka mimpi bukan-bukan. Hmph ada yang best , ada yang tak best. Cam ada satu mimpi tu, Akashah jadi boyprend aku, dia sweet sangat. best tau. Then ada lagi satu aku mimpi hantu kejar aku. Pelik kan? Mungkin main tidur je kot tu. Endah kan saja.

Hari ni, dorang ajak pergi Mcd, Aku taktahulah nak pergi ke tak. Sebab transport balik aku taktahu nak naik siapa. Then aku pun taktahu smpai pukul brape aku dekat Hospital tu nanti. Kalau tak dpat jumpa hari ni. sorry tau guys. :/ Aku pun rindu korang weh.

Asrama Ruleszzzzzzz *

Hi Assalamualaikum.

KB:Warna hitam tak dibenarkan.Bila basah, Lelaki nampak , stim beb.


Ini beberapa peraturan asrama yang perlu aku ikut.

1.Bangun pagi, mandi sebelum jam5 pagi. Macam kena bangun jam 4 tu kira okaylah. 4.30 tu dah kira lewat. Kakak form5 tanak nampak junior mandi lambat.
2.Pergi riadah,pergi bilik air kena tutup kepala, tutup aurat.
3.Pakai tudung tutup dada,besar lebih dari bahu.
4.Pakai kain dalam. Terutama pergi Dewan Makan, pergi sekolah. Wajib!
5.Pakai singlet , warna putih sahaja. Tali kena lebih 2inci.
6.Pergi sekolah pakai kasut tumit pvc.
7.Turun riadah setiap kali ada riadah. Wajib!
8.Hormat kakak form5. Setiap kali jumpa dorang kena senyum. Jangan tunjuk muka taik depan dorang. Jangan jeling-jeling senior.
9.Jangan jalan dengan lelaki,
10.Kalau balik, bagi lelaki jalan dulu. Baru boleh kita jalan. Tak boleh jalan balik dengan lelaki
11.Jangan tegur,senyum,pandang abang form5.
12.Jangan mencapub!
13.Tk boleh bawa handphone,laptop atau alat elektronik lain.
14.Jangan gantung apa-apa dekat katil


K sebenarnya ada 25 tapi aku tak ingat sangat. Kiteorang kena buat semua ni untuk kekal di asrama. Harap aku boleh tahan ah. Benda senang je kan. InsyaAllah.

Macam mana aku nak handle dorang ni? Serious. Aku taktahu.
Benda berlaku camni.

Situasi 1. 

Masa tu nak keluar pergi dewan makan. Aku memang biasa jalan sama-sama dengan lat dan syazza ni. Then tetiba ada budak kumpulan(lelaki) aku cam nak cakap dengan aku tau. Then aku cam cakap-cakap dengan dia. Benda pasal presentation kot nanti. Then sejak dari tu dorang asyik panggil aku hot. Err, asdfghjkl.
aku taktahu ah nak buat apa? :(