Hi Assalamualaikum,

hari ni mama ayah ajak keluar pergi beli barang dapur sikit.. Then malam keluar dengan Along. Makan prosperity. Pedas sampai nak menangis aku makan ... Along tulah boleh dia kata 'haa kalau letak blackpepper lagi tadi mesti lagi sedap kan..' asdfghjkl entah pape tah. Burger tu sedap. Kenyang aku makan. And ada mamat handsome. wuwuwuwu. capang.. ;) ini gambar aku makan. Yummm!


Ni first time aku makan. Sejarah lah kira ni. Bukan selalu aku dapat makan burger yang mahal - mahal ni..
Tu je  . Kbai

Bawa diri.

Hi Assalamualaikum

Alhamdulilah. Blog semakin ceria. *Ops. Haha, okay itu saja. Away until New Year. K takecare bebi.

*Luahan perasaan

Hi Assalamualaikum,

Kepala dah berat dan mata dah kuyu. Tapi kuatkan semangat. Kita nak cakap panjang lebar ni.

Bisimillahhirahmanirrahim. Ini dari hati. Perasaan dari hat..


Alhamdulilah , keperluan sekolah aku semua dah dipenuhi. *Hampir nyee, belum semua. Walaupuun tinggal dua hari je nak 2012 ni. Aku still macam ni lagi. Online like 24/7. I should stop this. KENA JUGAK!

Then, nina dengan tasha kata dorang nak pindah. *Inhale Exhale Inhale Exhale. Kenapa dorang pindah? Aku sedih tahu tak. Terutama Nina tu. 3tahun weh merengek,meraung,meroyan dengan dia. Tapi next year dia takde.. Yah, mungkin Allah nak uji aku. Ada lagi, Alia,Dalila mungkin tak sama kelas dengan aku. Sebab result dorang better then kelas Sc. Dan aku tak layak dekat kelas tu. Pffftt, Okay, takpe. Aku kuat.

Dan aku tak dapat masuk kelas Science kan. Oppurtunity lain aku kena masuk kelas Prinsip Akaun. Like hmph okay.. Dengan Aida, Izzati, Sheera, Shahirah........ Aku bukan tak suka satu kelas dengan dorang cuma... takde papelah..

Aku cuma berharap next year, tahun yang gembira buat aku. Subject yang aku belajar boleh bawa. Jumpa true love *maybe , persahabatan yang kukuh , iman yang mantap, and gembira.

 Oh yaa , aku tak list azam 2012 lagi.! Ergh such apa nak jadi dengan aku ni.

Next year aku form 4. Nurin naik pagi sama dengan aku kann. Boleh rapat dengan dia :')

Alia, kembarku. Takapa . Aku tak perlu risau pasal kau. Apan maybe pindah sini. And dedek pun. Dalila boleh jaga kau. Aku tak patut risau pun. Pandailah kau nanti kan? Kau kan ramai kawan? Yang memahami macam aku ni. InsyaAllah. Kita sama-sama tempuhi okay :')

Nina, kalau kau jadi pindah. Kau kena buat surat tak kurang dari 180 patah perkataan untuk aku. Mudah kan? Kau kena buat. Kalau tak putus kawan. SERIOUS!


Yah, mungkin Allah ada rancangan yang lebih baik bila semua ini berlaku. Jangan bersedih.

Sampai di sini sahaja rasanya. Aku dah penat sangat ni. Kbai.



Hi Assalamualaikum,

Nampak tu? Nina kata dia nak pindah. Ni betul dugaan yang berat buat aku. Hmph, Ninaaaa!
Hi Assalamualaikum,

Baru kenal dengan dia ni.. Dia like borak. Panjang kan? Nampak tu.. Yelah budak baru habis sekolah.. tahun 2012 dia 18tahun.. Alhamdulilah. Dia macam bagi semangat dekat aku. Nampak kata-kata dia tu. Lega sikit hati aku macamni. Well, bukan selalu kan orang nak nasihat panjang-panjang ni? Anyways, Thanks tau. I really menghargainya ;)


Okay hi Assalamualaikum, ni video kita yang haritu..Sory if quality video ni teruk..

Before cutting hair

Hi Assalamualaikum,


Ini adalah gambar sebelum aku potong rambut. Tapi rasanya cam nampak lawa jeee aku buat rambut camni.... Serious. K perasan*






Aku nampak muda tak dengan rambut tu? Hahaha k perasan again* Serious dah rimas dengan rambut panjang ni do. Hope aku tak menyesal bila potong nanti. Lagi pendek rambut lagi senang jaga kan? Hihi.



Nampak tu? Aww..
Okay dah. Jangan nak melt cepat sangat boleh.
Sumpah cair bhaiiiiii!
Rasa nak menjerit masa dia cakap tu.
or maybe dia main-main? Blerp.
Thanks, dah boleh tidur dan senyum sampai ke telinga ni.
Nampak rambut tu? I will cut it soon!
Rimas! 
Takut nanti pakai helmet tak muat.

*Bangkit

Hi Assalamualaikum..

Bismillahhiramanirrahim.

Aku nak berubah. Betul nak berubah ni. Being 16 years old must be tough for me. And Alone. memang like hmph okay. Allah sentiasa dengan kita right? ;) Form 4. Aku nak sangat masuk ke sekolah berasrama. Dan apapun kelas aku dapat nanti. InsyaAllah, aku akan cuba belajar dengan hati yang terbuka dan bersungguh-sungguh. Ye aku janji dekat diri aku.

Semoga kekecewaan ini dapat memberikan aku kekuatan untuk bangkit semula. Apa bak kata orang 'Be the Best,Beat the rest' Aku nak buang semua tabiat buruk. Slowly, bukan nak berubah like 100% susah tahu.

BANGKIT. Yah itu perkataan yang sesuai dengan aku. Sebolehnya , lepas ni.. Aku tanak kapel. *ops. Eh betul lah. Lepas ni. Memang nak carik yang betul-betul. Yang akan fight for me. Not yang main-main. Blergh..

Apa yang positif akan aku kekalkan. Ini sahaja kot. Nanti ada lagi aku blog okay bebi? Muah :-*.
Hi Assalamualaikum.

Ni nak share ni. Tadi tergerak hati nak usha wall Izzati tau. Lepastu, jum kita tengok apa kita jumpa. Hahaha ;)


Nampak tak tu? Ada nama aku tu.. Pfftt, dia mengaku aku ni ex dia? Like seriously? Hahaha ;)  Actually , semalam pun aku ada usha blog dia. Tergerak nak usha blog. Tengok dia pun sama. Heh, rindu agaknya :D hihi. Tanak cakap banyak ah. Tu je. Kbai ;)

*Result PMR keluar

Hi Assalamualaikum,

Setelah selama berbulan-bulan menunggu , akhirnya keluar juga keputusan PMR 2011. Dikatakan Keputusan ini yang paling baik antara 4tahun ini. Like fuuuuuuu? Susah kot soalan dia. Yah bagi mereka yang study memang kata senang.

Siapa yang tak berdebar-debar bila mengatakan pasal result ni? Semua takut. Tapi ada segelintir yang kita sendri boleh predict brape dia dapat. Ada orang kata result ni boleh cek melalui via SMS. Tapi tak syoklah nanti kalau dah tahu.

Aku pergi sekolah dengan pakai baju kurung biasa. Kawan semua pakai baju sekolah. TT Ini amat memalukan. Dengan tudung yang macam asdfghjkl. Dekat sekolah dapat jumpa semua orang. Except Dalila and Nina. Tunggu dekat kanteen.

Jam menunjukkan pukul 10.40. Lagi beberapa Minit je. Yang dah smpai Alia,Tasha,Izzati,Dayah,Aku.
Alia dengan tasha datang dengan mak dorang... Rasa lain sbb semua datang dengan mak. Aku je tak :(

Tepat pukul 11 ramai yang dah bergerak ke kelas or dewan untuk mengambil slip. Debaran kian terasa. Aku expect more than 5A's and above. Kiteorang semua tunggu dekat kelas yang sebelah terowong tu.
Tunggu punya tunggu still takde lagi. Kelas lain semua cikgu dah dapat. Kelas aku je just terpinga-pinga.

Aida still tak datang lagi. Aku still tercari-cari mana cikgu. Rupanya dekat dewan. Cikgu bukan bagitau pun >< aku apalagi gerak sanalah dengan Alia,Tasha semua. Aku orang first amek. Okay berdebar masa tu.
Pergi dekat luar dewan then tengok. ABABBBAB bukan selang seli pun. Tu yang tak puas tengok. TT tengok like banyak kali. Berapa A aku dapat ni? Lah cuma tiga je? TIGA JE? Tersangatlah hampa masa tu. Mama orang first yang tahu.

Then Aida call. Dia baru sampai. Tk dapat lagi result.  Carik dia dekat kelas. Then tengok dia dapat 1A je. lain B and C. Okaylah for me. Yang mengejutkan aku Amy dapt 6A like fuu? Biar betul do. It's not fair ahhh!

Jalan jap dengan Nurin Nazifa. Dia datang hari ni. Adik dia dapat straight A's. Peluk dia. K aku memang sedih haritu... Pelik dia jap.. Masa ni text dah start masuk. Nurin,Ayna, dorang dah tanya-tanya. K mula-mula agak malu nak reply text dorang tu. So aku biarkan dulu. Lagipun kedit tinggal hmph entah. Cover muka. Tanak tunjuk sedih depan dorang.

Masatu nampak Qistina dengan mak dia. Like

Me: Eh tu bukan Qistina ke?
Them: Yelah.

Okay dia dressup macam mak dia. Tudung masuk dalam baju. Fuiyooo. Hahahaha. Dia baru datang nak amek result... Then dia kata dia dapat result sama macam aku. 3A jugak. Cuma english dengan Kh dia A...

Lepak dengan geng sheera dekat kelas area pejabat. Carik Pu3 Aida. Dia still tak dapat result dia lagi. Dia kata nak amek last sekali.. Aku teman dorang pergi gate.. Tunggu semua. Then tetiba Pu3 Aida call.. Dia kata dia dapat straight A. Okay masa tu like nak peluk dia. Congrats semua. Aww, Congrats! Bestnya dia.

Then jalan-jalan. Ajak pergi beli buku. Tapi ramai ah..Lepastu Pu3 Aida ajak nak tumpang balik. Mak dia ajak pergi lunch. Aku pun cam okay lah. Mama tak bagitau lagi.. Dia like hyper... Siapa tak happy dapat result gempak macamtu kan.. Dalam kereta ada kakak dia dan kawan,mak dia,dia,aku... Kiteorang borak pasal kelas. Apa hadiah dia nak mintak :p , macam-macam lah. Happy betul dia..

Otw nak pergi makan tu Maklong telefon. Aku cam 'eh, mesti nak tanya result ni. Nak angkat ke tak'
Fuhh angkat jelah. Kan betul -_- Borak kejap je. Like tak biasa.. Awkward. Kiteorang makan dekat Old Town White Coffee dekat bangunan baru tu.. Aku makan Nasi Ayam apetah. Mak dia belanja. Dengan desert ice cream. Yumm!

Pinky promise dengan dia. Kalau dia masuk asrama, dia kena keluar dengan aku dulu.! I will miss her alot okay.. Balik rumah like jam 1.40 macamtu. Mama pun cam tak happy ..Umm umm,balik tu online... Seramai 78 orang yang dapat straight A's. Dan SMKBRP antara sekolah harian terbaik dekat Daerah Gombak...
bangga dorang.. haha.

Done. Aku pelik. Kenapa result aku lebih teruk dari dorang? Kenapa? Tasha 6A, Alia 5A,Dalila 4A,Aku 3A,Qistina 3A,Nina 1A, pfftt. See thah? Aku dapat jamin next year mesti tak sama kelas.

*new crush. Maybe

Hi Assalamualaikum.

Ada sorang ni. Nama dia Ash. Okay dia sangat-sangat terkenal. AMAT terkenal. Goodlooking. Kalau bercinta pun sweet gitu. Sampai aku pun terpegun. Tengok gambar dia. Okay ternganga do. Dia absolutely handsome ++
Pergh gilalah. Kalah Usop. Hahaha. Terima Kasih dekat Allah sebab datangkan perasaan ni. Aku like okay bersemangat balik. Dah try tegur dia dah. Dah baca blog dia. Memang sweet. :') Aku sedar. Dia takkan pandang aku kot. Macam usop tu. Takpelah. As long as aku happy. Hati happy. Badan happy. ;) Thanks okay. Tapi bila baca balik. Blog dia dan Anis. Er, macam dia tu jenis yang tak tepati janji je. Kata tanak tinggalkan. Tapi kenapa tinggalkan jugak? Pfft. k done.
Okay Assalamualaikum.

Afiq dah start kerja dekat tesco. Dapat gaji like 1000 macam tu. :( Okay tinggal aku sorang jelah dekat rumah. Like bosan gila. Abang semua dah kerja. So apalagi. Pau ah dorang. Mintak itu-ini. Then dekat rumah macam main dengan kucing je. Nak belajar macam tak faham. Hmph.

Motor pun dia bawa sekali. Aku ni bila lah nak bawa motor. Belajar pun bilalah. Sekarang dah setangah bulan. Lagi 15 hari je nak masuk tahun depan. Hmph! Do anyone hear this? I guessed not. Hmph hmph hmph.

Nurin pun text macam kejap lambat reply kejap cepat. Lepastu dah tak reply dah. Bosan sangat ke text dengan aku smpai kau tak reply text? sedih tahu.

Hmph result keluar 23/22 macam tu. Lagi seminggu je. Okay seram. Takut sangat.


Me:Maa, nanti nak teman tak pergi amek result.
Mama:Tanak. Takut Ani tak boleh terima.
Me:Kenapa cakap macam tu?
Mama: Sebab takut result teruk?
Me:Takkan lah maa. Orang dah berusaha dengna gigih :3
Mama:Tengok cerita tak henti-henti. Mesti result okay punya.

Ahad ni keluar Mid. Tumpang Alia. Tktahu bawa siapa. Mula nak bawa ridzki. Tapi dia dah kapel balik dengan ika. Sory ah. Memang aku takkan keluar lah kan. Hmph. Nak bawa siapa? Ameen on vacation that day.

Dilemma

Oh fak fak fak.!

Seriously, aku memang saket hati sekarang Mama bukan main lagi , afiq tu baru masuk kejer je maa. Mama siap kata 'mama happy afiq tu keje, takdelah dok melepak,merayau sana sni. Pftt, nanti aku kena buat macam-macam. Duh benci lah. Aku pun ada  perasaan lah. Ape ni! Ingat aku ni apa? Nak suruh sana-sini. asdfghjkl. Entah dorang. Langsung tak appereciate aku>!
Sejak akhir - akhir ni ayah mama selalu sangat tak cakap . Like tak cakap langsung tahu. Aku menyampah tengok macam ni. Ayah tu dah lama tak bagi duit dekat mama. Layan mama pun macam buat tak kisah je. Hish. Menderita tahu tak. Kalau tak peduli dekat kiteorang ni tinggalkan je. Buat saket hati je dekat sini.

And nak tahu tak , malam tu termimpi Razin Hakim :( Dia kiteogan like happy, maybe aku terlalu rindukan dia sampai macamni.

Hmph, hidup single ni memang tak best. Please, aku memang nak seseorang sekarang. Nak seseorang ceriakan hidup aku ni. Tengok orang lain dah ada  boyf sendri jealous tahu tak. Kawan aku semua dah ada. :/Aku je takde.... Argh bosan.

Balik kampung oh balik kampung.

Assalamualaikum.

Jumaat haritu balik kampung mama. Tidur dekat rumah mak Long. Ingat nak pergi rumah haziq sebab rumah dia superb! Tapi sayang, dia and family balik kampung :'|. So , Hari pertama, dekat rumah Maklong. Tidur sana. Okay sana cuaca sangat or what can I say teramat panas tahu. Berbeza sangat dekat sini. Hujan pun tak. Nak keluar rumah pun malas. Dalam ke luar rumah ke panas yang amat.


Hari pertama Kak edah lah yang bawa kiteorang pi jalan-jalan dekat Pantai Morib. huuuuuuu memang ramai budak-budak basikal dekat kampung aku ni. Budak fixie wuuhuu. Lelaki bolehh tahan ah, tapi aku dressup like biasa je so , takdelah orang mengorat. hahahaha, tapi tulah bukan selekah sangat pun, okaylah cantik dipandang tapi sayang takde yang tergoda ahh geram tahu.

Ada anak kak edah , sapi dengan yaya. Dorang tu like umur baru sekolah rendah lah. So kena layan cam budak-budak.Main dekat playground. Puas main balik.Malam tu singgah rumah nenek hantar cempedak. ....
Nenek terkejut bila kiteorang kata tak tidur sana malam tu. Atuk pun salam cam nak tanak tahu tak. Sedih!

Hari kedua. Malam mama kata kena tidur rumah nenek. Siang tu lepak rumah Haziq. Pi bilik mak dia. Main mekap. Hahaha, tak lawa ah kalau aku  mekap pun. Tetiba mama carik aku tau. Memang gelabah ah masa tu, cepat-cepat pergi bilik air basuh muka. hihi. Nasib tak kantoi. Okay rumah haziq ni dekat je dengan rumah maklong. Rumah dia best. Ada aircond, tv plasma ada dua. Ada fixie. Like dream house aku lah. Sapi datang tengah hari macam tu. Naik basikal. Berani betul dia tu.Lepak rumah haziq dengan dia sekali lah.


Petang tu , afiq pergi main futsal dengan sapi dekat belakang sekolah . Tunggu punya tunggu , tak balik jugak. So aku dengan mama pun balik lah rumah nenek dulu. Sampai je rumah,nampak nenek tau dekat tingkap atas. Kesian dia tunggu kiteorang rupanya. Afiq balik rumah dengan kaki dia yang melecet tu. Tulah budak bandar kan mana biasa jejak rumput semua ni.

Malam tu like afiq sibuk cakap pasal kerja. Mama cam bising - bising. Sumpah aku tak suka dengar. Last-last aku nanges masa aku solat. Nanges puas-puas. Habis solat tidur. Ingat nak bangun pukul 11.45 sebab nak tengok true confession shopaholic tu , terlajak , tak larat punya pasal haa, tak terlepas tak tengok pun! Hish.

And hari ni along amek lambat. Ayah ah. Kejam betul bukan nak amek kiteorang.
Hi Assalamualaikum.

Blog ni dah diprivatekan. Sebab like lama gila tak update. Minat untuk memblog ni pun kian hari makin hilang.
Dan sekarang ni insyaAllah aku nak mula balik memblog ni.

Aku start blog ni masa form 1 dulu. Selalu aku blog. Aku pun tak tahu sebab apa. Tapi aku suka sangat memblog ni. Like lega bila dah blog tu tahu. Hmph sekarang ni. Jarang sangat tu aku rasa like stress sangat tahu.
Aku akan cuba jadi macam dulu. Memblog. Luahkan semua kat sini. InsyaAllah.