Alia:kau balik asrama bila Ani:Ahad ni.
Alia:Take care! Ani:Alah lambat lagi lah.
Alia:Pejam celik pejam celik dah ahad. Lambat apa nya.
*bayangkan aku duduk macam mana xD
Betul kata dia tu. Baru hari ni aku terhegeh-hegeh nak carik barang asrama. Then bila pergi kedai tu, dah habis pulak. Tak terfikir langsung kedai tu dah habis stock. Like kecewa dah masatu. Sebab 3kedai dah pergi, 3-3 takde. asdfghjkl. Hmph. Then tanya kawan-kawan semua. dorang pun cam taktahu. Alia suggest pergi Damansara. Tapi aku tak jumpa kedai tu. Lastly , ikut kata mama. Alhamdulilah. Ada jugak. Then beli tudung. Aku rasa tudung tu pendek kot. ahh lantak ah. Dah lebih dari bahu tu kira okay kan. Tu je kot. Kbai :>
Semalam lepas zuhur, jam 2 macam tu gerak pergi klinik sg.buloh.Orang ramai tak terkata. Menunggu punya lah lama. Aku plan smpai Mcd Jam 4 petang. Tapi jam 3.30 aku baru pergi jmpa doktor. Belum amek ubat lagi. Aku tak sanggup tengok jam. Then masa amek num lagi lah. lagi 200lebih nak tunggu turn aku. rasa teruk sangat masa tu. Rasa macam ish , mesti tak sempat ni :(
Bila habis je semua aku terus pergi Mcd Bukit Rahman Putra. Tk kira apapun berlaku. nak jugak pergi. Ayah boleh pulak ajak pergi beli barang sekolah. Aku buat-buat taktahulah masa tu. Hmph,
Then, dah smpai. Dari luar , nampak Ammar. Bila masuk je dalam. Tegur dorang.
Aida:My bebi!!!!!!!!! *hug Me:My darling. *hug
awwww :'> then, lepak dengan dorang. Tak beli pape pun makanan Mcd. Save duit. Muehihihi. Ex-crush pun ada tau. Dia dia dia handsome :> Tetiba dia panggil aku. Masa tu boleh pulak aku tersepak kerusi depan dia. Malu tak terkata masa tu!
Him:Hilang terus ayunya hahahahaha
Me:*Tutup muka, then duduk depan dia.
Him:Ani, mana kau Aku rindu kau do! Kau tak Im aku,call aku tak,text aku tak. kau sombong sekarang kan.
Aku sayang kau do ani.
Me:Mana ada sombong. Kau yang tak tegur aku. haa salah siapa sekarang.
Tu je. Then blah. Sebab hmph haa aum, SEGAN. hahaha. Aku like kejap dengan Nurin, kejap dengan Aida. Dorang tak duduk setempat. So aku lari-lari lah. Bila jumpa dia, then lmbai. Haha.
Birthday girl,me , nurin!
Tu haaa birthday girl nyaaaaaaa. Cantik kan dia. Aku tengok dia happy je . Of course lah dia happy sebab birthday dia kan. Kawan dia pun semua ada. Bestnya dia. Yang aku tak dapat jumpa hari Izzati dengan Dalila and Qistina. Missed them like hell k. hmph :/
If you look properly, my eyes don't have same size.
Sebelah besar, sebelah kecik
Orang kata kalau update blog pagi baru syok. Tenang. Takde orang bangun lagi. Okay nak try ni.
Okay semalam aku pergi Bangunan Maju Junction.Teman Ayah pergi uruskan tabung haji blahblah. Around jam 3. Baru shopping barang asrama. Beli kain dalam,singlet and food! rasanya cam tak cukup je lagi. And kain dalam tu macam panjang tahu tak. Takut pakai nanti panas lah , then nampak tak lawa. hihihi.
Abang-abang semua ada dekat rumah. Parent pun happy je ;)
Balik tu online jap. Then terjumpa ni dekat facebook senior. sorry ambil gambar ni tanpa izin :/
Semangat LK do dorang ni. aku tengok pun cam best je bawa benda tu. Junior tak pakai beg tu lagi. Kiteorang pakai beg puteh tu je. Taktahu bila nak dapat beg hitam tu or takkan dapat kot? Hmph :/
Lately, aku suka mimpi bukan-bukan. Hmph ada yang best , ada yang tak best. Cam ada satu mimpi tu, Akashah jadi boyprend aku, dia sweet sangat. best tau. Then ada lagi satu aku mimpi hantu kejar aku. Pelik kan? Mungkin main tidur je kot tu. Endah kan saja.
Hari ni, dorang ajak pergi Mcd, Aku taktahulah nak pergi ke tak. Sebab transport balik aku taktahu nak naik siapa. Then aku pun taktahu smpai pukul brape aku dekat Hospital tu nanti. Kalau tak dpat jumpa hari ni. sorry tau guys. :/ Aku pun rindu korang weh.
KB:Warna hitam tak dibenarkan.Bila basah, Lelaki nampak , stim beb.
Ini beberapa peraturan asrama yang perlu aku ikut.
1.Bangun pagi, mandi sebelum jam5 pagi. Macam kena bangun jam 4 tu kira okaylah. 4.30 tu dah kira lewat. Kakak form5 tanak nampak junior mandi lambat.
2.Pergi riadah,pergi bilik air kena tutup kepala, tutup aurat.
3.Pakai tudung tutup dada,besar lebih dari bahu.
4.Pakai kain dalam. Terutama pergi Dewan Makan, pergi sekolah. Wajib!
5.Pakai singlet , warna putih sahaja. Tali kena lebih 2inci.
6.Pergi sekolah pakai kasut tumit pvc.
7.Turun riadah setiap kali ada riadah. Wajib!
8.Hormat kakak form5. Setiap kali jumpa dorang kena senyum. Jangan tunjuk muka taik depan dorang. Jangan jeling-jeling senior.
9.Jangan jalan dengan lelaki,
10.Kalau balik, bagi lelaki jalan dulu. Baru boleh kita jalan. Tak boleh jalan balik dengan lelaki
11.Jangan tegur,senyum,pandang abang form5.
12.Jangan mencapub!
13.Tk boleh bawa handphone,laptop atau alat elektronik lain.
14.Jangan gantung apa-apa dekat katil
K sebenarnya ada 25 tapi aku tak ingat sangat. Kiteorang kena buat semua ni untuk kekal di asrama. Harap aku boleh tahan ah. Benda senang je kan. InsyaAllah.
Macam mana aku nak handle dorang ni? Serious. Aku taktahu.
Benda berlaku camni.
Situasi 1.
Masa tu nak keluar pergi dewan makan. Aku memang biasa jalan sama-sama dengan lat dan syazza ni. Then tetiba ada budak kumpulan(lelaki) aku cam nak cakap dengan aku tau. Then aku cam cakap-cakap dengan dia. Benda pasal presentation kot nanti. Then sejak dari tu dorang asyik panggil aku hot. Err, asdfghjkl.
aku taktahu ah nak buat apa? :(
Hi Assalamualaikum.
Dia ni boleh tahanlah. Friendly, kalau chat tu memang tak bosan ah. Dia bagi num dia dekat aku dah lama dah. Cuma aku je tak berani nak text. Dia pun cam tak kesah, tak mintak pun num aku. Then one day, kira semalam lah dia cam, mintak num aku. Aku cam hmph nak bagi ke tak. Aku tengok dia ni cam takde gf kan. So bagilah. Kawan kan. Saja-saja.
Tergerak nak tengok tumblr dia tau. Tengok-tengok dah ada gf. k reject. kawan je takpe ah kan. Sebab dia ni best. Suka bagi nasihat panjang-panjang :-* k tu je. done.
Aku dah balik dah. huuuuu weeeeee. haha. Yelah dah seminggu rasanya tak menaip dekat komputer ni tau. eh bukan seminggu ah, cuma 4hari je. Nampak sangat rindunye kan? ;)
Banyak sangat benda aku belajar kat sana walaupun baru 4hari je kan.
Banyak pantang larang yang aku kena patuhi sebab aku kena kekal dekat asrama.
Banyak perangai yang aku tak boleh buat dekat sana. Like tak boleh jadi diri sendiri kot.
Meh aku cerita satu,persatu. Banyak benda nak cerita ni. tapi hampir 80% dah cerita dekat Dalila. Lega skit hati ni. Sebab dekat sana bila aku nak mengadu rasa macam takde yang kesah. Then kiteorang kena pakai Kain dalam, singlet 2inci tali, kasut pvc bertumit setiap hari, banyak ah.
Day 1-(daftar-masuk asrama)
Bertolak Jam8. Dah masukkan barang semua dekat dalam kereta. Tapi kena patah balik sebab tertinggal. Tiba dekat sana jam 9.20 macamtu. dah lambat sebenarnya tu. Then daftar. Daftar asrama. Dapat blok G. Dengar ceramah jap. Penceramah dia best.
Cikgu: Kebanyakkan budak lelaki yang tak tahan duduk asrama berbanding budak perempuan. Minggu lepas ramai yang keluar asrama. Menangis dekat telefon. kata nak balik. Kalau menangis sikit takpe. Ni menangis teresak-esak. Kalah perempuan. Haha.
Realiti k. Betul lah apa dia kata tu. Haha. Then bayar semua. Beli barang kooperasi. Then masuk asrama. Barang aku banyak. Sebab beg semua kecik-kecikkan. Dapat G1. Bilik paling depan sekali. Dekat dengan bilik air. Dapat katil paling tepi sebab lambat. Then bila dah letak barang, turun bawah jap makan dengan mak ayah. Lepas dorang pergi, berkenalan dengan budak-budak dorm. Dorang okay. Cuma yang first intake tak balik lagi kan. Sebab dah bersekolah.Then duduk dekat dorm. Kenal antara satu sama lain. Budak lain semua bawa teddy bear. Ah, rindunya teddy aku. Aku tak bawa pun* dorm aku ada 13orang semuanya. Ramai kan? ;)Then dekat belakang ada tempat sidai baju. Locker aku takdek pintu. iSedih.
Kakak-kakak form5 datng dorm ke dorm. Tengok budak form4 baru masuk. Dorang okay. Peramah.
Bila budak first intake dah balik. Dorang pelik. Kenapa kiteorang macam rapat gila. Macam budak satu sekolah. rapat macam kawan lama. hahahaha. kenal-kenal dengan dorang..
Ketua dorm-Shafika
Atas katil dia-Atikah
Tepi atas-Ain Zulaika
bawah dia-taktahu nama
Tepi atas-Alia
Bawah-Aishah
Depan atas-Syaza
Bawah-Nisa
Tepi bawah-taktahu nama
Atas-Tasha
Tepi atas-Lat
Bawah- Auni
Tepi hujung-Hazirah
Haa tu dia. Kalau korang boleh faham ah. katil kiteorang double. Katil aku tak berapa stabil.
Dari dorm sampai ke surau. Kakak form5 asyik tanya ni je. Like dah 5orang cakap macamtu.
Stranger:Kamu ada mix dengan cina ke? Muka kamu macam cina? Me: Eh? Taklah. Kita melayu tulen.
Day 2- Katil patah.(HomeSick)
Booooooooooooooom kebebooooooooooooooo! *Bunyi katil patah. Menipu ah en macam tu bunyi dia. Malam tadi tak boleh tidur sebab panas sangat. Nasib baik takde orang dekat bawah katil aku. Then , Watlek Watcool. Buat macam takde apa. Padahal dalam hati dah sedih dah.
Hari ni ada ceramah sikit pasal koku dekat dewan. Siap-siap pakai baju sekolah. Haaa masa ni lah yang aku tunggu weh. Dapat cuci mata. Serious ramai gila budak handsome,baby face,jambu. ahhh macam-macam ahh. Then,ada lah 2-3 orang usha-usha. Takpe slow-slow, Kita pandang-pandang je dulu. Habis dalam jam 1.30 petang. Budak sekolah tak balik lagi masa tu. Kena tunggu dekat bawah, sebab asrama kunci. Tunggu jap.
K skip.
Esoknye kakak fasi kata kena pakai baju lengan panjang, sebab ada aktiviti menari. Macam tulah. Masa tu dah kena turun pergi surau. Kena siap-siap terus mencari. Tapi sayang takde size aku. Kakak form5 banyak berisi. Aku ni kurus sangat and tk muat. Dorang pun dah pakai buat riadah. Hmph, iSedih.
Then bila dekat surau. Aku rasa sebak sangat . Sangat sangat. Kalau dekat sekolah lama aku ada kakak/adik Nurin Nazifa. Serious dia yang aku fikirkan. Masa tu aku nangis. Nasib baik kiteorang kena solat tingkat atas. Macam Blok kiteorang jelah yang tahu aku nangis. Aku cuma rasa takut dengan kakak senior. Aku taktahu macam mana nak manja dengan dorang. Kawan aku pun cam tak ramai. Masa nangis tu memang malu gila. Masa tu kakak form5 peluk aku. Dorang tanya kenapa. Nasib baik ada sorang kakak ni ada. Dia cam cool down aku. Aku harap dia kakak yang baik. Then dah okay dah.
Day3-(Sesi suai kenal)
Kumpulan 10
Aku dapat kumpulan 10. Tkde mamat handsome. Tapi dorang best. Tapi kiteorang cam pendiam. Tak banyak cakap pun* then bila sesi pilih ketua or penolong. dorang cadangkan aku. Sebab aku rasa aku paling cantik kot dalam kumpulan tu. K perasan. Hahaha entah taktahu. Budak yang aku usha semalam tak dapat satu group. Aktiviti dorang best. C-chua-chua. Tarian dan lagu dia best. Sumpah best! Mula cam malu - malu nak buat. Then lama-lama okaylah. Budak-budak outsider ramai. ada 3orang crush aku tu. Kitaorang kena present dekat depan. 3-3 tu hebat. Serious. Like happening, sporting gila. Aku kagum!
Kitaorang diberi masa 10minit untuk makan lunch. Kena tiba on time sebab petang aktiviti pengawas.
Tak boleh senyum . Tak boleh ketawa dah.
Dorang macam 'haaaaaaa macamnilah kitaorang rasa bila korang buat taik dengan kiteorang' Dorang bagi ceramah pasal peraturan . Then apalagi yee. pergi ke kawasan larangan dan kawasan sepatutnya/kawasan boleh jalan ah. Kalau kiteorang lalu kawasan form5. Nanti kiteorang kena booo or kira mencapub. Bagi yang perempuan lelaki akan kata ' eee murahnya perempuan tu.
Dekat kantin pun sama.. Kiteorang tak boleh ada dekat tempat lelaki. Beli dekat tempat lelaki. Lalu dekat tempat lelaki. Haabis tu macammana do? Terseksa tahu tak.Tkpe , waktu dekat kelas boleh usha-ing. Hahahaha.
Then masuk dewan balik. Ni awesome. Macam 5orang terpilih kena bawa keluar.. Buat ucapan dekat depan. Kitaorang pulak yang dekat dalam dewan kena ikut apa yang pengawas/fasi tu suruh. Macam bila dorang buat ucapan, kitaorang boooooooooo,gelak,tepuk tangan. K lawak en? Hahahaha, smpai abang pengawas yang suruh buat tu pun kena.
Contoh macam :
Fasi: Saya nak kamu cerita pasal gf kamu.
Him:Assalamaulaikum.
We:*Tepuk tangan
Him:Dia budak MRSM
We:*Booooooooo
Faham tak ? Hahahaha
Ada sorang outsider ni. Kawan aku punya crush. Muka dia macam Zaim. Tapi lagi comel, putih skit, ada lesung pipit. Comel gilak.
Malam, ada perjumpaan dekat surau. Jumpa budak kelas. Perempuan ada lima orang lelaki ada 20 orang camtu. Tak balance kan? Dorang takde handsome mana tapi best. Suka karoake.
Balik sekolah jam 6petang macamtu. Lambat kan? Orienstasi punya pasal lah ni. Tengok ada sorang lagi baru masuk. Jadi 14 orang sekarang dekat dorm aku.
Day4-Masuk kelas.
Hari Jumaat lelaki kena pakai baju melayu. Segak bergaya yee dengan songkok + sampin. Ada tazkirah dekat Ruai Ibn pagi ni. Kira macam perhimpunan. Cikgu panggil wakil sekolah. Aku ternampak cinta monyet aku dulu . Amir Haziq. Like serious?? Aku tak percaya sama sekolah dengan dia,. asdgfhkl. K takpe. MulA-mula sebelum masuk kelas cam malu-malu tau. jalan tepi-tepi, tunduk bawah. Bila masuk kelas. Dorang tepuk tangan. Mula ada 5orang laki datang dekat. *Hi budak baru. Kira macamtu jelah. Then keluar balik amek buku. Nampak crush. Yelah sebab dia pun second Intake jugak. Pandang-pandang.
Then masuk kelas. Aku ada 25buku semuanya. Berat tahap apa dah. Then cam aku ni kan suka bahan orang . Ada sorang ni muka cam Shimir tau. Suka buat bising, kacau aku lagi. Then dia buat gaya macam tangan kanan dekat dia punya tuut , tangan kiri dekat dagu. Jalan ala-ala gaya macho tu. Hahahahaha.
Me: Yang tangan kanan tu dekat mana tu? Astagfirullahalazim. xDD
Them:Put yoo hands up. Put yoo hands up.
dorang semua gelak. Hahaha. Then dia pergi belakang betulkan sampin. Dari tepi nampak cam tengah berpeluk tau.
Me:korang buat apa tu? Astaga.
Him:Mana ada buat apa. Haaa pikir lain
Aku tak cakap pun ada en. Hahaha. Masa kimia paling mengantuk. Dia pun tidur. Aku taktahu nama dorang .
Dorang semua tak sabar nak balik. Bila dah balik cam semua menyanyi. Na-na-na-na~ Aku rasa , aku takkan sedih bila dekat kelas. InsyaAllah.
Bila smpai dorm, dorang semua dah packing,menyanyi. Paling lawak masa dekat ampaian.
KD:Ni bra siapa?
*Tiada siapa mengaku, semua diam Me:Makcik cleaner punyaaaaaaaaaaaaaaa!
Them:Hahahahahahahahha, entah entah yekot xD
Lepastu, Alia datang amek dengan malu-malu then dia gelak. K tu paling lawak. Hahahaha.
Maybe ni last aku pegang Laptop before pergi Sekolah baru. SMT Gombak. K dah malas nak cakap banyak. 3post dah masuk ni. Rasanya dah takde apalagi kot nak cakap. Goodnight. :-*
Nampak gambar tu? Ye, itu yang akan aku bawa nanti. And gambar yang dalila dah bagi tadi. Nak tampal dekat Lokar asrama. Huweeeeeeee. Ye ramai yang dah tahu aku pindah nanti. Geng aku. Dorang sedih. Sedih sangat. Terutama yang hari-hari duduk sebelah,lepak sama dengan aku. Banyak dah kenangan kita kan? ;) InsyaAllah aku akan ikut cakap korang. Aku dengar cakap korang. Aku buat apa yang korang pesan tu.
Korang dekat sini. Jangan gaduh - gaduh tau? Jangan berpecah. Aku tak sanggup tengok. Aku takkan lupakan korang. Tak. Takkan mungkin terjadi. Kalau ada buat salah tu, minta maaf. Jangan ego please. Aku tahu korang macam mana. Kita dah besar weh. 16tahun dah. Takkan salah kecik , salah sikit sampai berhari tanak cakap? Ye cakap memang mudah tapi sampai bila nak macam ni kan? Korang tak penat ke? Aku cakap ni bukan nak marah ke apa. Aku sayang persahabatan kita ni weh.
Almost 3 tahun dah. even aku tak rapat dengan semua dalam geng ni. Terutama tasha,dalila. Aku tak banyak sangat share dengan korang kan. Tapi setiap satu dari kita. Memainkan peranan yang penting sebab tu bila lepak sama, kita mesti gelak-gelakkan? Ingat hari pertama sekolah tahun ni. Gelak kuat-kuat. Haha. Bila gaduh. Aku try, aku try dengar dari dua-dua pihak. Tapi sekarang? Aku dah takde nak buat benda tu. Aku dah takde nak try baik-baik dah. Korang kena settle sendri tau. Ye bila salah aku, memang aku yang paling payah sekali nak dengar katakan. Ye tu dulu. Aku dah tanak dah gaduh-gaduh ni. Aku sayang korang weh.
Jaga diri tau. Jangan mudah tersinggung if ada geng kita ni cakap lepas. Yelah kita semua perempuan. Perasaan sensitif dan tak puas hati tu ada. Nanti bila cuti,kita lepak sama. satu geng . aku tahu geng kita okay. Tak berpecah. Tu je aku nak. Tu je aku mintak . InsyaAllah, aku akan doakan korang :') If ada aktiviti korang nak buat, buatlah. Aku tahu mesti tak boleh join. Tapi korang jangan lupa aku dah aa.
Ni aku nak perkenalkan or korang dah kenal . Dia ialah Puteri Aida Syakirah. Mendapat 8A yee untuk PMR 2011. Pergh gempak en result dia? Wink wink. Aku bangga dengan kau beb! ;) Hmph okay. nak cerita pasal kau .
*Bad Quality
Aku kenal dia sejak form 1. Tak rapat lagi. Kenal macamtu je. Form 2 pun. Dia kedit polis. Masa form 3 kiteorang rapat. Share cerita pasal macam-macam. Dia selalu datang awal pagi. Then kekadang datang rumah dia belajar sama-sama. Dia pandai. Memang pandai. Sebab usaha dia. Persahabatan kiteorang ada naik turun jugak. Ada masa tu kiteorang tak tegur sebab gaduh. Tapi lama-lama tu baik jugak :')
Then, pertengah tahun kot. Aku kapel dengan Mirul *damn , dia kapel dengan Ayen. Dorang berdua tu kawan baik. So kekadang. Like ' kau ada nampak mirul tak?' aku tanya dia. Or dia tanya aku 'Kau ada nampak ayen?' macam tulah. Lepastu, kiteorang share everything. Ada satu masa tu sampai buat double date. Haha. Sekali je kot tak silap. Then , Bila break, dah taktahu apa dah nak share. Dia ada geng dia, aku ada geng aku. geng kiteorang memang tak campur lah kan. Sebab lain-lain.
Dia pendengar yang baik. Selalu kisah pasal aku, perasaan aku . Kekadang tu, aku dah taktahu nak cakap apa dengan dia. Tapi dia still nak share dengan aku. Hmph okaylah tu kan. Sharing is caring.
Now , bila masuk form 4. Kitaorang dah kena berpisah. Aku dengan dia ni mana pernah sama kelas. Rapat pun masa dekat luar kelas. Pelik tak? Eh tak. Hmph, aku sedih. Rasa sedih ni. Nak berpisah dengan dia. Susah nak carik kawan macam dia ni. Hmph. Tapi takpelah masa cuti nanti dapatlah jumpa kot. Harap persahabatan kita ni kekal k. Kau jaga diri dekat sana. Pandai pilih kawan. Jangan ada rekod masalah disiplin! Nanti papehal bila cuti contact aku tau. Aku sayang kau. :'* Gambar kita tak banyak. Perasan tak ? Hmph :/
Kurang dari 24 jam lagi aku akan pergi. Pergi mana? Pergi Asrama! Pergi Sekolah baru. uweeeeeeee!
Barang like 89% dah complete. Tinggal baju je tak gosok lagi. Tadi pergi sekolah lama* Nak amek buku Kokurikulum. Semua orang kata 'goodluck Ani' K terharu jap. Hihi. Then jumpa Alia,Izzati,Qistina,Dalila.
Pergi kelas aku. Carik botol. Hmph, takde. Budak kelas aku cam 'Eh ingat cikgu tadi.Bergaya betul kau. Pergi sekolah je pun' ahaks, ahaks ahaks biarlah :p
Bila jumpa Dalila. Aku cakap. Nasihat sikit. Hmph, Masa aku cakap tu, aku tak boleh pandang mata dia . Sebab aku tak yakin. Sebab aku takut dia terluka. Kata-kata aku mungkin pedas. Tapi untuk kebaikan dia.
Aku pun tak sukalah kawan segeng. Kawan selalu mana-mana. Tapi kutuk belakang. True friend ke tu?
Aku tak cakap pun siapakan.
Dalila bagi gambar. Gambar pakwe aku pun ada. Rasa nak melompat masa tu. Zaynn Handsome sangat. Then gambar 6sekawan pun ada :') Aww , thanks alot Dalila. Take care k. Aku sayang kau. Aku takkan lupakan kau dan gula-gula kau. ;)
Then hari ni like period first day. Sakit do perut. Rasa macam asdfghjkl. PMS kan. Takpe tu maknanya aku subur. Tapi aku makan jugak ubat tu. Mama suruh. Aku takut ada side effect je. Hmph.
And till now, I still not ready to go new school. Baju tak gosok lagi. Buku tak pack lagi. Hmph. Apa nak jadi-jadilah. Aku tak nak mengharap sangat.
Tadi kita pergi Mcd. wewewewewe. Alia, Tasha, Nina, Izzati, Sharul,Shafyq. Dorang je yang ada. Yang lain hmph malas nak ajak. Cam dorang tak rasa pun pemergian aku tu. Buat apa nak ajak kan... Memang best ah lepak dengan dorang sebab lama tak jumpa. Dorang pun dah tulis dah kata-kata semangat dekat buku yang aku sediakan. Dan ada buat video jugak. Cuma sedih, takde orang bawa camera nak tangkap gambar. Hmph sedih ni. Takpelah kan. Boleh berguna jugak hp aku kali ni. Qistina and dalila takde. Mcd cam ramai orang..
Nina dia still macam dulu. cuma makin hot! hahaha,
Suddenly, Adriana tegur..
Adriana: Aniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! Hi. Me:Hi.
Adriana: Ani masuk teknik kan? Teknik mana? Me: Teknik Gombak. Ad teknik jugak kan? Mana?
Adriana: bukanlah .tengah tunggu SBP keluar. Me:Oh k. ;)
Video ada dekat previous post. Cuma serba salah dekat shaa. Cam tak layan dia sangat. Yelah,dalila kan yang selalu rapat dengan dia all this while. Hmph, Pergi Mak Alia hantarkan. Baiknya Alia ni. Hihihi. K tu je sebenarnya. Ini beberapa gambar yang sempat tangkap..
Sebelum balik ;)
Ni lah video tadi . Apa aku merepek pun aku tak tahu. Tapi best. Thanks kawan-kawan ;)
Now I gonna realise all my stressed and tension much.
Bermula bergini. pagi hujan like rintik-rintik. Bas lambat. Hati rasa berat sebab last day nak pergi sekolah tu... Serious , terasa sangat. Then, jam 7 pi rumah Nurin. Pi sekolah dengan dia. Kereta banyak.
Harini ada perjumpaan rumah Sukan. Rumah merah. Shimir, jadi pengerusi. Borak dengan alia...
Alia: Lepas ni takde dah nak roadrun dengan aku.
Me: Alah Qistina ada. Lek ah...
Alia:hmph.
Then masa otw nak pi kelas, jalan dengan alep. Serious dia handsome then lebih tinggi dari aku. Tergoda jap. masuk kelas jap, settle borang berhenti sekolah semua. Haikal like ejek nama aku. memang aku berang ah kan. Sakit hati. nasib lah hari ni last day aku dekat sini.
Then rehat like always, ....
Buat buku yang mengandungi semua ucapan dorang. Awww :') I will miss them alot kay. Ramai dah tahu aku blah..
Jam menunjukkan 11.45 pagi. Masuk kelas. cam semua dah nak lengkap tinggal tunggu Surat berhenti Sekolah tu je. Alhamdulilah, tuhan permudahkan segala urusan ku. Masuk kelas.
Yaakob sat next to me.
Yaakob: Kau nak duduk sini tak? Aku nak bagi ni.
Nubli: *geleng takpelah.
I heard that. Kay gembira. hahaha. Aqil mintak surat tawaran tu. Then pas sampai hujung . K rasa bodoh kat situ. Hahahahaha. Sebenarnya ada budak kelas aku tu, aku perasan cam dia pandang-pandang oh. Comel, pendek dari aku. hahahahahaha. Dalila cam panggil-panggil nubli. K malu. hahaha.
Then balik, ada bersalaman and mintak maaf dengan Syira Shah. Aku pun ada dapat hug and kiss from cikgu Atiqah and Ustazah Nizmuzlin. Dorang kata goodluck...
Everything like okay bila aku nak pergi ni. Botol Air tertinggal!!!!!!!!!!!!!11
Then balik rumah tengok ada misscall. Walaweh from ex-crush. Alep. Muehihihi. Otp dengan dia jap.
Alep:Kau dapat berapa A?
Ani:3A 5B,
Alep: pandai ah kau.
Ani:Kawan aku semua dapat 5Akeatas.
Alep:Tulah kau bercinta je, tanak belajar. Kan haa .. Kau bukan tak pandai,tapi bodoh.
Ani:Kau kejam!! Haha
Alep:Ani, aku sayang kau do.
Ani:Awwwwwww :')
Hahahahahahaaahfahhaha , okay tak boleh gambarkan perasaan bila dia cakap macam tu kay.
Then bagitau Amirul . Cam bodoh. dia tak bagi kata-kata yang aku nak. It's hurt alot. I expect more from you. asdfghjkl.
Dah tu je. Kbai.
Sebenarnya aku dah agak dah dorang tu kapel. Bukan nak cakap besar ah.
Aku stress. Stress sangat. Sangat-sangat. Dah lah stress, penat pulak tu. Takde orang nak dengar cakap aku.asdfghjkl betul. Teacher english kata dengan tulis diari ni dapat hilangkan stress. Okay now it's begin.
Hari ni , aku datang sekolah cam biasa, cuma beza dia aku ada benda nak bagitau. Actually it's too early nak bagitau dorang... Then bagitau Amiza, Qistina,Izzati,Nur Aida, Alia, izni,Adda,Ayna eh asal ramai ni? Nampak sangat mulut aku ni tak boleh tutup en. Hahahahaha.
K pastu hari ni ada perjumpaan Mesyuarat Agung Unit beruniform. Nampak Shimir and Amir Hariz. Teringat kenangan lama. Always macam tu. Pandang dia lelama. Er rasa, cam sayang. Hmph no, hmph ye. ah dah dah stop. Dia handsome macam selalu. Syira Shah, dia kulit licin. Takde jerawat. Dia cantik.
Then, masuk kelas cam biasa. belajar. Makan dalam kelas..
And masa English. Tulis Summary. Like lama tak tulis so rasa pelik...
Teacher: Your writing is good.
Me:But for me it's like very teribble.
Teacher : you just need add more elaboration.
Me:okay teacher.
Bangga jap. Hahha padahal copy paste je tu. Er then , balik cam biasa. Tapi dengan Kak Ayna. Muahahaha. Snap gambar jap.
Nampak tu? Aku takde lah lawa mana pun. Tudung cam ketat gila. Hahahaha.
K this another one..
This is soooo fucking cute okay. I love this picture. Nazmi? WHY? WHY? Kenapa tahun ni kau dah tak rapat dengan aku dah? Aku sedih weh. Kau cam dah tak tegur aku langsung. Sampai hati kau! Aku sedih tahu tak. Kau rapat dengan amelia. Hmph, takpelah. Aku tanak tunjuk sedih aku tu, sebab aku tahu. Amy best, dia cam hyper. Dari aku ni, like no sense humuor, ergh, asdghkl. Dah stop.
Then balik tu pi amek surat tawaran. Like best. Rasa nak melompat. Haha. Then pi giant. Beli barang. Then pi The Store. Alah beg galas tak ni lagi. duh susah ah nak carik yang nampak mahal and cantik. Then baru balik. Smpai rumah like pukul 5 camtu.
Aku nak beg baju baru please. Along mama tolong ah faham. Saya cuma nak jadi normal. Tu je. Haih,
Hi Assalamualaikum
Tadi amek surat tawaran dekat SMT Gombak. K penat. Penat penat penat. Like belakang aku ni. Saket sangat tahu tak! Ergh. Kenapa mesti... Then like beli barang-barang asrama. Nasib ah dapat asrama if tak dapat. Don't what to do dah.. Hmph, k i should stop. Penat ni..k bai.
Hi Assalamualaikum.
Sory lama tak update. School was fun anyways. Just skipped about that. Er, haha ada berita gembira ni. Jum lompat sama-sama! Jumm. Menari. Woah. Happy sangat ni. Syukur Alhamdulilah. Doaku telah dimakbulkan. Aku dapat tawaran ke SMT Gombak. K Happy tahap asdfghjkl. hihi. And now tengah list down apa patut beli. Muehehe.