Hi Assalamualaikum,

hari ni mama ayah ajak keluar pergi beli barang dapur sikit.. Then malam keluar dengan Along. Makan prosperity. Pedas sampai nak menangis aku makan ... Along tulah boleh dia kata 'haa kalau letak blackpepper lagi tadi mesti lagi sedap kan..' asdfghjkl entah pape tah. Burger tu sedap. Kenyang aku makan. And ada mamat handsome. wuwuwuwu. capang.. ;) ini gambar aku makan. Yummm!


Ni first time aku makan. Sejarah lah kira ni. Bukan selalu aku dapat makan burger yang mahal - mahal ni..
Tu je  . Kbai

Bawa diri.

Hi Assalamualaikum

Alhamdulilah. Blog semakin ceria. *Ops. Haha, okay itu saja. Away until New Year. K takecare bebi.

*Luahan perasaan

Hi Assalamualaikum,

Kepala dah berat dan mata dah kuyu. Tapi kuatkan semangat. Kita nak cakap panjang lebar ni.

Bisimillahhirahmanirrahim. Ini dari hati. Perasaan dari hat..


Alhamdulilah , keperluan sekolah aku semua dah dipenuhi. *Hampir nyee, belum semua. Walaupuun tinggal dua hari je nak 2012 ni. Aku still macam ni lagi. Online like 24/7. I should stop this. KENA JUGAK!

Then, nina dengan tasha kata dorang nak pindah. *Inhale Exhale Inhale Exhale. Kenapa dorang pindah? Aku sedih tahu tak. Terutama Nina tu. 3tahun weh merengek,meraung,meroyan dengan dia. Tapi next year dia takde.. Yah, mungkin Allah nak uji aku. Ada lagi, Alia,Dalila mungkin tak sama kelas dengan aku. Sebab result dorang better then kelas Sc. Dan aku tak layak dekat kelas tu. Pffftt, Okay, takpe. Aku kuat.

Dan aku tak dapat masuk kelas Science kan. Oppurtunity lain aku kena masuk kelas Prinsip Akaun. Like hmph okay.. Dengan Aida, Izzati, Sheera, Shahirah........ Aku bukan tak suka satu kelas dengan dorang cuma... takde papelah..

Aku cuma berharap next year, tahun yang gembira buat aku. Subject yang aku belajar boleh bawa. Jumpa true love *maybe , persahabatan yang kukuh , iman yang mantap, and gembira.

 Oh yaa , aku tak list azam 2012 lagi.! Ergh such apa nak jadi dengan aku ni.

Next year aku form 4. Nurin naik pagi sama dengan aku kann. Boleh rapat dengan dia :')

Alia, kembarku. Takapa . Aku tak perlu risau pasal kau. Apan maybe pindah sini. And dedek pun. Dalila boleh jaga kau. Aku tak patut risau pun. Pandailah kau nanti kan? Kau kan ramai kawan? Yang memahami macam aku ni. InsyaAllah. Kita sama-sama tempuhi okay :')

Nina, kalau kau jadi pindah. Kau kena buat surat tak kurang dari 180 patah perkataan untuk aku. Mudah kan? Kau kena buat. Kalau tak putus kawan. SERIOUS!


Yah, mungkin Allah ada rancangan yang lebih baik bila semua ini berlaku. Jangan bersedih.

Sampai di sini sahaja rasanya. Aku dah penat sangat ni. Kbai.



Hi Assalamualaikum,

Nampak tu? Nina kata dia nak pindah. Ni betul dugaan yang berat buat aku. Hmph, Ninaaaa!
Hi Assalamualaikum,

Baru kenal dengan dia ni.. Dia like borak. Panjang kan? Nampak tu.. Yelah budak baru habis sekolah.. tahun 2012 dia 18tahun.. Alhamdulilah. Dia macam bagi semangat dekat aku. Nampak kata-kata dia tu. Lega sikit hati aku macamni. Well, bukan selalu kan orang nak nasihat panjang-panjang ni? Anyways, Thanks tau. I really menghargainya ;)


Okay hi Assalamualaikum, ni video kita yang haritu..Sory if quality video ni teruk..

Before cutting hair

Hi Assalamualaikum,


Ini adalah gambar sebelum aku potong rambut. Tapi rasanya cam nampak lawa jeee aku buat rambut camni.... Serious. K perasan*






Aku nampak muda tak dengan rambut tu? Hahaha k perasan again* Serious dah rimas dengan rambut panjang ni do. Hope aku tak menyesal bila potong nanti. Lagi pendek rambut lagi senang jaga kan? Hihi.



Nampak tu? Aww..
Okay dah. Jangan nak melt cepat sangat boleh.
Sumpah cair bhaiiiiii!
Rasa nak menjerit masa dia cakap tu.
or maybe dia main-main? Blerp.
Thanks, dah boleh tidur dan senyum sampai ke telinga ni.
Nampak rambut tu? I will cut it soon!
Rimas! 
Takut nanti pakai helmet tak muat.

*Bangkit

Hi Assalamualaikum..

Bismillahhiramanirrahim.

Aku nak berubah. Betul nak berubah ni. Being 16 years old must be tough for me. And Alone. memang like hmph okay. Allah sentiasa dengan kita right? ;) Form 4. Aku nak sangat masuk ke sekolah berasrama. Dan apapun kelas aku dapat nanti. InsyaAllah, aku akan cuba belajar dengan hati yang terbuka dan bersungguh-sungguh. Ye aku janji dekat diri aku.

Semoga kekecewaan ini dapat memberikan aku kekuatan untuk bangkit semula. Apa bak kata orang 'Be the Best,Beat the rest' Aku nak buang semua tabiat buruk. Slowly, bukan nak berubah like 100% susah tahu.

BANGKIT. Yah itu perkataan yang sesuai dengan aku. Sebolehnya , lepas ni.. Aku tanak kapel. *ops. Eh betul lah. Lepas ni. Memang nak carik yang betul-betul. Yang akan fight for me. Not yang main-main. Blergh..

Apa yang positif akan aku kekalkan. Ini sahaja kot. Nanti ada lagi aku blog okay bebi? Muah :-*.
Hi Assalamualaikum.

Ni nak share ni. Tadi tergerak hati nak usha wall Izzati tau. Lepastu, jum kita tengok apa kita jumpa. Hahaha ;)


Nampak tak tu? Ada nama aku tu.. Pfftt, dia mengaku aku ni ex dia? Like seriously? Hahaha ;)  Actually , semalam pun aku ada usha blog dia. Tergerak nak usha blog. Tengok dia pun sama. Heh, rindu agaknya :D hihi. Tanak cakap banyak ah. Tu je. Kbai ;)

*Result PMR keluar

Hi Assalamualaikum,

Setelah selama berbulan-bulan menunggu , akhirnya keluar juga keputusan PMR 2011. Dikatakan Keputusan ini yang paling baik antara 4tahun ini. Like fuuuuuuu? Susah kot soalan dia. Yah bagi mereka yang study memang kata senang.

Siapa yang tak berdebar-debar bila mengatakan pasal result ni? Semua takut. Tapi ada segelintir yang kita sendri boleh predict brape dia dapat. Ada orang kata result ni boleh cek melalui via SMS. Tapi tak syoklah nanti kalau dah tahu.

Aku pergi sekolah dengan pakai baju kurung biasa. Kawan semua pakai baju sekolah. TT Ini amat memalukan. Dengan tudung yang macam asdfghjkl. Dekat sekolah dapat jumpa semua orang. Except Dalila and Nina. Tunggu dekat kanteen.

Jam menunjukkan pukul 10.40. Lagi beberapa Minit je. Yang dah smpai Alia,Tasha,Izzati,Dayah,Aku.
Alia dengan tasha datang dengan mak dorang... Rasa lain sbb semua datang dengan mak. Aku je tak :(

Tepat pukul 11 ramai yang dah bergerak ke kelas or dewan untuk mengambil slip. Debaran kian terasa. Aku expect more than 5A's and above. Kiteorang semua tunggu dekat kelas yang sebelah terowong tu.
Tunggu punya tunggu still takde lagi. Kelas lain semua cikgu dah dapat. Kelas aku je just terpinga-pinga.

Aida still tak datang lagi. Aku still tercari-cari mana cikgu. Rupanya dekat dewan. Cikgu bukan bagitau pun >< aku apalagi gerak sanalah dengan Alia,Tasha semua. Aku orang first amek. Okay berdebar masa tu.
Pergi dekat luar dewan then tengok. ABABBBAB bukan selang seli pun. Tu yang tak puas tengok. TT tengok like banyak kali. Berapa A aku dapat ni? Lah cuma tiga je? TIGA JE? Tersangatlah hampa masa tu. Mama orang first yang tahu.

Then Aida call. Dia baru sampai. Tk dapat lagi result.  Carik dia dekat kelas. Then tengok dia dapat 1A je. lain B and C. Okaylah for me. Yang mengejutkan aku Amy dapt 6A like fuu? Biar betul do. It's not fair ahhh!

Jalan jap dengan Nurin Nazifa. Dia datang hari ni. Adik dia dapat straight A's. Peluk dia. K aku memang sedih haritu... Pelik dia jap.. Masa ni text dah start masuk. Nurin,Ayna, dorang dah tanya-tanya. K mula-mula agak malu nak reply text dorang tu. So aku biarkan dulu. Lagipun kedit tinggal hmph entah. Cover muka. Tanak tunjuk sedih depan dorang.

Masatu nampak Qistina dengan mak dia. Like

Me: Eh tu bukan Qistina ke?
Them: Yelah.

Okay dia dressup macam mak dia. Tudung masuk dalam baju. Fuiyooo. Hahahaha. Dia baru datang nak amek result... Then dia kata dia dapat result sama macam aku. 3A jugak. Cuma english dengan Kh dia A...

Lepak dengan geng sheera dekat kelas area pejabat. Carik Pu3 Aida. Dia still tak dapat result dia lagi. Dia kata nak amek last sekali.. Aku teman dorang pergi gate.. Tunggu semua. Then tetiba Pu3 Aida call.. Dia kata dia dapat straight A. Okay masa tu like nak peluk dia. Congrats semua. Aww, Congrats! Bestnya dia.

Then jalan-jalan. Ajak pergi beli buku. Tapi ramai ah..Lepastu Pu3 Aida ajak nak tumpang balik. Mak dia ajak pergi lunch. Aku pun cam okay lah. Mama tak bagitau lagi.. Dia like hyper... Siapa tak happy dapat result gempak macamtu kan.. Dalam kereta ada kakak dia dan kawan,mak dia,dia,aku... Kiteorang borak pasal kelas. Apa hadiah dia nak mintak :p , macam-macam lah. Happy betul dia..

Otw nak pergi makan tu Maklong telefon. Aku cam 'eh, mesti nak tanya result ni. Nak angkat ke tak'
Fuhh angkat jelah. Kan betul -_- Borak kejap je. Like tak biasa.. Awkward. Kiteorang makan dekat Old Town White Coffee dekat bangunan baru tu.. Aku makan Nasi Ayam apetah. Mak dia belanja. Dengan desert ice cream. Yumm!

Pinky promise dengan dia. Kalau dia masuk asrama, dia kena keluar dengan aku dulu.! I will miss her alot okay.. Balik rumah like jam 1.40 macamtu. Mama pun cam tak happy ..Umm umm,balik tu online... Seramai 78 orang yang dapat straight A's. Dan SMKBRP antara sekolah harian terbaik dekat Daerah Gombak...
bangga dorang.. haha.

Done. Aku pelik. Kenapa result aku lebih teruk dari dorang? Kenapa? Tasha 6A, Alia 5A,Dalila 4A,Aku 3A,Qistina 3A,Nina 1A, pfftt. See thah? Aku dapat jamin next year mesti tak sama kelas.

*new crush. Maybe

Hi Assalamualaikum.

Ada sorang ni. Nama dia Ash. Okay dia sangat-sangat terkenal. AMAT terkenal. Goodlooking. Kalau bercinta pun sweet gitu. Sampai aku pun terpegun. Tengok gambar dia. Okay ternganga do. Dia absolutely handsome ++
Pergh gilalah. Kalah Usop. Hahaha. Terima Kasih dekat Allah sebab datangkan perasaan ni. Aku like okay bersemangat balik. Dah try tegur dia dah. Dah baca blog dia. Memang sweet. :') Aku sedar. Dia takkan pandang aku kot. Macam usop tu. Takpelah. As long as aku happy. Hati happy. Badan happy. ;) Thanks okay. Tapi bila baca balik. Blog dia dan Anis. Er, macam dia tu jenis yang tak tepati janji je. Kata tanak tinggalkan. Tapi kenapa tinggalkan jugak? Pfft. k done.
Okay Assalamualaikum.

Afiq dah start kerja dekat tesco. Dapat gaji like 1000 macam tu. :( Okay tinggal aku sorang jelah dekat rumah. Like bosan gila. Abang semua dah kerja. So apalagi. Pau ah dorang. Mintak itu-ini. Then dekat rumah macam main dengan kucing je. Nak belajar macam tak faham. Hmph.

Motor pun dia bawa sekali. Aku ni bila lah nak bawa motor. Belajar pun bilalah. Sekarang dah setangah bulan. Lagi 15 hari je nak masuk tahun depan. Hmph! Do anyone hear this? I guessed not. Hmph hmph hmph.

Nurin pun text macam kejap lambat reply kejap cepat. Lepastu dah tak reply dah. Bosan sangat ke text dengan aku smpai kau tak reply text? sedih tahu.

Hmph result keluar 23/22 macam tu. Lagi seminggu je. Okay seram. Takut sangat.


Me:Maa, nanti nak teman tak pergi amek result.
Mama:Tanak. Takut Ani tak boleh terima.
Me:Kenapa cakap macam tu?
Mama: Sebab takut result teruk?
Me:Takkan lah maa. Orang dah berusaha dengna gigih :3
Mama:Tengok cerita tak henti-henti. Mesti result okay punya.

Ahad ni keluar Mid. Tumpang Alia. Tktahu bawa siapa. Mula nak bawa ridzki. Tapi dia dah kapel balik dengan ika. Sory ah. Memang aku takkan keluar lah kan. Hmph. Nak bawa siapa? Ameen on vacation that day.

Dilemma

Oh fak fak fak.!

Seriously, aku memang saket hati sekarang Mama bukan main lagi , afiq tu baru masuk kejer je maa. Mama siap kata 'mama happy afiq tu keje, takdelah dok melepak,merayau sana sni. Pftt, nanti aku kena buat macam-macam. Duh benci lah. Aku pun ada  perasaan lah. Ape ni! Ingat aku ni apa? Nak suruh sana-sini. asdfghjkl. Entah dorang. Langsung tak appereciate aku>!
Sejak akhir - akhir ni ayah mama selalu sangat tak cakap . Like tak cakap langsung tahu. Aku menyampah tengok macam ni. Ayah tu dah lama tak bagi duit dekat mama. Layan mama pun macam buat tak kisah je. Hish. Menderita tahu tak. Kalau tak peduli dekat kiteorang ni tinggalkan je. Buat saket hati je dekat sini.

And nak tahu tak , malam tu termimpi Razin Hakim :( Dia kiteogan like happy, maybe aku terlalu rindukan dia sampai macamni.

Hmph, hidup single ni memang tak best. Please, aku memang nak seseorang sekarang. Nak seseorang ceriakan hidup aku ni. Tengok orang lain dah ada  boyf sendri jealous tahu tak. Kawan aku semua dah ada. :/Aku je takde.... Argh bosan.

Balik kampung oh balik kampung.

Assalamualaikum.

Jumaat haritu balik kampung mama. Tidur dekat rumah mak Long. Ingat nak pergi rumah haziq sebab rumah dia superb! Tapi sayang, dia and family balik kampung :'|. So , Hari pertama, dekat rumah Maklong. Tidur sana. Okay sana cuaca sangat or what can I say teramat panas tahu. Berbeza sangat dekat sini. Hujan pun tak. Nak keluar rumah pun malas. Dalam ke luar rumah ke panas yang amat.


Hari pertama Kak edah lah yang bawa kiteorang pi jalan-jalan dekat Pantai Morib. huuuuuuu memang ramai budak-budak basikal dekat kampung aku ni. Budak fixie wuuhuu. Lelaki bolehh tahan ah, tapi aku dressup like biasa je so , takdelah orang mengorat. hahahaha, tapi tulah bukan selekah sangat pun, okaylah cantik dipandang tapi sayang takde yang tergoda ahh geram tahu.

Ada anak kak edah , sapi dengan yaya. Dorang tu like umur baru sekolah rendah lah. So kena layan cam budak-budak.Main dekat playground. Puas main balik.Malam tu singgah rumah nenek hantar cempedak. ....
Nenek terkejut bila kiteorang kata tak tidur sana malam tu. Atuk pun salam cam nak tanak tahu tak. Sedih!

Hari kedua. Malam mama kata kena tidur rumah nenek. Siang tu lepak rumah Haziq. Pi bilik mak dia. Main mekap. Hahaha, tak lawa ah kalau aku  mekap pun. Tetiba mama carik aku tau. Memang gelabah ah masa tu, cepat-cepat pergi bilik air basuh muka. hihi. Nasib tak kantoi. Okay rumah haziq ni dekat je dengan rumah maklong. Rumah dia best. Ada aircond, tv plasma ada dua. Ada fixie. Like dream house aku lah. Sapi datang tengah hari macam tu. Naik basikal. Berani betul dia tu.Lepak rumah haziq dengan dia sekali lah.


Petang tu , afiq pergi main futsal dengan sapi dekat belakang sekolah . Tunggu punya tunggu , tak balik jugak. So aku dengan mama pun balik lah rumah nenek dulu. Sampai je rumah,nampak nenek tau dekat tingkap atas. Kesian dia tunggu kiteorang rupanya. Afiq balik rumah dengan kaki dia yang melecet tu. Tulah budak bandar kan mana biasa jejak rumput semua ni.

Malam tu like afiq sibuk cakap pasal kerja. Mama cam bising - bising. Sumpah aku tak suka dengar. Last-last aku nanges masa aku solat. Nanges puas-puas. Habis solat tidur. Ingat nak bangun pukul 11.45 sebab nak tengok true confession shopaholic tu , terlajak , tak larat punya pasal haa, tak terlepas tak tengok pun! Hish.

And hari ni along amek lambat. Ayah ah. Kejam betul bukan nak amek kiteorang.
Hi Assalamualaikum.

Blog ni dah diprivatekan. Sebab like lama gila tak update. Minat untuk memblog ni pun kian hari makin hilang.
Dan sekarang ni insyaAllah aku nak mula balik memblog ni.

Aku start blog ni masa form 1 dulu. Selalu aku blog. Aku pun tak tahu sebab apa. Tapi aku suka sangat memblog ni. Like lega bila dah blog tu tahu. Hmph sekarang ni. Jarang sangat tu aku rasa like stress sangat tahu.
Aku akan cuba jadi macam dulu. Memblog. Luahkan semua kat sini. InsyaAllah.

Oh one direction. I'm so into you right. ❤❤❤❤❤
Hi Assalamualaikum.

Nampak gambar atas tu? Okay sekarang ni tengah belajar macam mana nak buat origami. Mula-mula memang lah susah but lama-lama buat bestlah jugak.

Lepastu plan nak buat like seni things. Dari online je kan. Baik buat something like apa-apa jelah.

Mama kata origami tu macam budak-budak. Ergh , ingat senang ke nak buat? Dulu masa tadika tak rasa pun buat benda tu.

And see that inner? Haha , finally dah tegak pun. Tapi cam rimas lah jugak. Okay kan? hihi kbai.
Hi Assalamualaikum.


Plan hari ni nak lepak Mcd dengan kawan-kawan. Tapi cuma izzati and alia je yang datang. Aku sampai about Jam 1 macam tu. Datang-datang dorang tengah online dan berdua je. Borak-borak-borak , rasa lapar ah kan , nak beli makanan. Tetibe duit pulak tertinggal! Hahaha, disebabkan tukar handbag , aku lupa nak bawa dompet. Haha, buat malu je do. Share ah dengan dorang. Aku pinjam Alia 4hengget.

Lepas tu , ammar text tak jadi datang. Tibe-tibe muncul depan mata. Haaa memang gembira betul dorang. And aku kena duduk dekat tempat lain sebab meja ada 4 kerusi je. Duduk tepi. Dorang dengan pakwe dorang. Nina dengan tasha tak dapat datang. Nurin & Ayna pun. Jam 2.30 Ash Riot datang.

Aku dengan psp and handphone aku je .Hari ni tetibe ramai je bebudak sekolah. Ex aku pun ada. Jumpa 3 ex. Apan makan benda bodoh tu. Haha, Izzati balik awal. Nasib tak kena kantoi tadi. Sikit je lagi.

Alia balek dengan aku. Pukul 4 macam tu. Tu je. Kbai.
Saja edit. Haha,

Midnight call.

Hi Assalamualaikum. 

Petang semalam ajak along pergi taman. Dah bersemangat nak jogging. And If M ada dekat taman petang ni, he will be my last love. But guess what? Dia takde! Orang lain pulak yang ada. My crush. Hahaha,  okay usha dia dari jauh. Aww handsomenya dia. Petang tu like ramai pulak orang dekat taman. I though Nurin sekolah tu tak ajak dia pergi taman. Rupanya dia dkt rumah. ALAH , rugi en tak ajak dia. Hmph >< 

Malam tu tidur lewat. Sebab yelah tanak dia call. Then tetiba pukul 2.30 macam tu dia call. 

M:Tengah buat apa? 
A:Tidurlah takan practice mati kot.
M:Hmph nak tidur ke?
A:Eh haa tak. Cakaplah apa yang nak cakap.
M:Pergilah tidur. 
A:Hmph yelah k goodnight.

Kacau aku tidur betul. But lama dia tak call aku. Agak rindu jugak. Hihi , 

Then tetiba crush aku masuk dalam mimpi. Mimpi best pulak. Dalam mimpi kiteorang like always lah, cakap banyak-banyak. Aku tengok dia , dia tengok aku. Awww, macam-macamlah. boleh gila bayang aku macam ni. Haha. :)

That's all kbai :)

Hi Assalamualaikum.

Hari ni bermulanya Peperiksaan SPM. Senior form 5. Termasuklah abang aku. Pagi-pagi buta dia dah bangunkan aku dengan nyanyian nasyid dia tu. Ya Allah , kalau menghafal takpe jugak . Ni tak. Kau bernasyid pulak. Dah lah aku agak mengantuk masa tu.Aku dah  set pagi tu nak bagi semangat dekat dia. Tapi dah dia menyanyi camtu. Memang batal niat aku pagi tu. Baik aku tidur lagi bagus.


Anyways, Untuk semua SPM candidates. wishing you all good luck. Buat yang terbaik beb! Jangan tidur masa exam. Terutama untuk senior SMK BRP and abang aku.! Berdoa, selawat. Solat jangan tinggal. Yakin pada diri korang boleh buat. That's all kbai :)



Malam tadi pergi Kuala Lumpur dengan Along. Teman dia beli barang. Rindunyaa aku dekat KL ni. Lama tak jejak sini. Nak dekat setahun kot. Bandar raya ni masih macam dulu. Penuh dengan teenanger, jalan berkumpulan . Ramai-ramai. Yang tak tahan sekali , masa tunggu monorel dkt Titiwangsa nak pergi Times Square, ada budak Melayu dress up macam Amoii. Aku pandang dia pun jadi malu. Sebelah aku dah lah a family mak anak ayah. Budak kecik. Apa nak jadi budak sekarang ni.  Sexy sial dia. Geli aku tengok. terbuka sana sini.

Then aku tengok ada ramai mat salleh. Serious, lebih ramai dari biasa. Entah apa dorang buat dekat sini. Melancong agaknya. Tapi handsome siut dorang. Yang rambut kerinting , pacak , semua ada. Tinggi pulak. Hihi.

Dah sampai dekat tempat tu. Rupanya along nak beli camera. Dslr Nikon D7000. Pergh mahal gila. Hope aku boleh guna lepasni. Hihi. 

Then singgah office dia. Semua macam ingat aku staff baru dekat situ. Haha. Okay rupanya penat juga berkerja ni. Aku baru duduk beberapa jam . Dah terasa saket sana sini. Staff dkt situ semua friendly. Dorang just pelik kenapa aku datang situ. Haha. 

Balik rumah around jam 12 macamtu. That's all. Kbai.
Hi Assalamualaikum.

Abang selalu buat study group dekat rumah lately. Yelah orang nak SPM kan. Kenalah study. Dah tak boleh nak main-main dah. Masa dah suntuk sangat . Seronok tengok dorang study. Tapi cam banyak dorang tak tahu. Tu aku bersemangat kluar kan nota aku semua. Aku carik balik karangan aku. TAPI! Hmph, buku tu hilang dah. Semua set karangan aku. Aku letak mana entah. Sumpah aku tak ingat. Hasil titik peluh aku selama 3 bulan. Entah macam mana boleh hilang.Aku sayang karangan-karangan yang aku buat.

Masa tu pulak . dorang tengah buat karangan. Memang aku bersemangat ah nak ajar. Tapi aku sedar. Aku ni budak PMR mana nak sama level dengan SPM. Takkan muda nak ajar yang tua kan? Terbalik ah tu.

Like lama gila kot aku tak buka buku. Since last day PMR until today. Satu buku pun aku tak hadap. Aku asyik main je. Takpe kita enjoy dulu. Nanti bila belajar, kenalah belajar bersungguh-sungguh. That's all. Kbai.
Hi Assalamualaikum

Izz pagi-pagi dah call suruh pergi skolah. Aku mamai. Sumpah mamai. Suara aku jangan cakap ah, memang stimm habis . Hahaha. Maybe sebab tidur lambat kot malam tadi. Okay datang skolah jam 8 pagi. Haha selamba je kan? Pelajar cemerlang macam ni lah. Datang lambat.!! (Y) Datang skolah carik geng ah. Dekat sekolah ada kawat apatah. Aku tak masuk :') Tahun ni je tak. Hmph selalu aku rajin masuk event camtu.

Carik Alia, then pergi kelas Izz. Jumpa Aida, Hanim,Nazmi :> Lepak kelas dia kejap. Tolong kemas-kemas. Senior nak amek SPM kan. Izni dengan dayah kawat.

S:Eh Awek K rajin ahh.
A:Siap kau. KEjap lagi aku kerjakan kau! Kau tunggu je.




Pengawas ada jamuan harini. Dorang tuka baju pkul 9 camtu. Aku dgn izz nak bantu Alia pakai shawl. Dayah pakai baju polka dot. Style doh colour dia. Ain Ina punya baju cantik. Vogue! (Y) Alia punya baju cam pengantin. Semua nampak lawa je. Hari penting kan :') Alia mengada tanak pakai shawl. Sampai tiga pedandan dia. Haha,

Turun bawah sebab nak dekat rehat. Leyha kata next year dia dah tak sekolah BRP. Hmph Tak sempat lagi nak cakap dengan dia. Pergi Kantin. Makan-makan. Nampak S. Nak try tegur but ... Biarlah. Pengawas stay kanteen sebab nak gerak dah kejap lagi.

Masuk dewan. Cikgu buat aktiviti. Timang benda comel tu macam main sepak raga. Haha, comel je dengan bulu ayam , kecik . Cikgu Md Haris tunjuk demo en. Memang lawak ah. Then lelaki je yang main. Perempuan timang pakai tangan je. Nasib baik :> Haha lawak kot sebab group aku dapat second place main benda tu. Hahaha , dapat cokelat! Yumm yumm.

Then cikgu bagi crossword puzzle. Okay tu memang susah macam haram! Aku saket hati betul sebab tak boleh buat. Aku tak give up sampai nak dekat balik . Group lain yang buat banyak yang tk siap tapi hantar jugak. Tapi group aku tak. Haaa sakai kat situ. Kiteorang kena reject sbb hantar lambat sangat -_-
Alah yang hantar tu bkn siap pun! Ngek,

Hari ni Ramai tak datang. Terutama budak-budak tu. Baru nak ushaa tengok tak datang pun. :<

Kbai.
Hi Assalamualaikum

Izzati,Natasha,Dalila,Alia,me
Tasha,me,Nina,Alia,Izz
Me,Qis

Seriously lepas PMR ni memang susah benor nak jumpa dorang semua ni. Maklumlah semuanya malas nak ke sekolah. Aku Alia Izz je yang datang sekolah seminggu sekali. Nak dekat brape minggu dah tak jumpa dorang ni : / Hidup tak lengkap tahu tak. Dah lama sangat tak spent time dengan dorang. Text? Harapan ah semua sibuk. Dah ada bf lah dikatakan. Tinggal aku ni je haaa forever alone. Choii haha. Nak keluar? Hmph takde transport. Cammana? Seriously, rindu dorang sangat. Nak gelak guling guling dgn dorang : /

That's all. Kbai.
Hi Assalamualaikum.

Alhamdulilah semalam aku berpuasa sunat. Sebabkan ganjaran pahala-nya. Ayah pun heran aku puasa. Tetiba jadi baik nak puasa kan. Orang dah niat nak buat baik. Apasalahnya kan? hihi. Sebelum ni memang susah nak puasa sunat & ganti puasa ni. Raya hari ni takde pergi mana pun. Abang ajak pergi masjid potong daging. Tapi malas ah. Kesian tengok lembu tu >< kena sembelih. Dia menanges kot. And aku tak makan daging pun. Rendang aku makan rempah-rempah dia je. Jangan pelik ah kalau tengok aku makan rendang camtu eh. 

Last, Selamat Hari Raya Aidiladha. 
Muka kanak-kanak riang.
Assalamualaikum . Salam 1 Malaysia.

Agak lama dah aku tak update blog ni. Rasanya buat masa ni memang tak banyak benda nak cerita. Setiap hari just sama. Online online online. Tkde life dah sekarang. Handphone boleh pulak smpai lupa letak mana. Biasalah asyik senyap je tak banyak pulak berbunyi so aku ignore kan je handphone ni.

Kalau lama-lama camni boleh gemuk aku. Exercise tak apa tak. Dulu sebelum PMR sibuk nak buat itu ini. Sekarang free , haa langsung tak buat apa. Apa nak jadi pun aku tak tahulah. Aku tak gembira hidup macam ni. Buang masa memanjang : /

Aku tanak selamanya macamni. Cuti aku habiskan dengan benda-benda ni je. Nak kluar? parent memekak , bagi alasan cakap tak boleh je. Haih, makan dalam tahu tak? .

Sekarang dah pun masuk bulan 11. Sekolah aku rasa takde buat jamuan apa-apa. Lawatan? Hampeh . Semuanya tak best sekarang.

 Hmph malas nak kata apa dah.Kbai Muah
Assalamualaikum.

Jam 4.30 M call. Dah lah aku tidur lambat dia call lagi -_- Dia ajak otp , tapi macam tanak cakap. Dia call dia lah yang cakap en. Ni aku yang banyak cakap tanya semua. Habis Otak aku system berterabur harini.

Harini ada bola jaring so niat nak rehat secukupnya then dia call. Ha-ha-habis dah -_-. Dengan tak cukup tido , penat semua campur datang sekolah. Bangang ah. Lawan dengan budak kelas 3G dan 3KAA. Dorang hebat. Tapi tak tahan masa budak kelas 3G ah dorang tu bukan kasar je but melampau. Bangang . . Aku panas ah kan. Adat ah main bola jaring halang kena langgar skit tertolak skit. Kalau tanak kena tolak , tayah main ah, aku bukan sengaja nak tolak kau. Dah cara main camtu, kau kecoh apa? Pi dah. Pastu nak boo sana sini. Kau dah kalah senyap k. Bengang pulak aku.

Pulang novel Bisik-bisik gelora. Baru habis baca tadi. 600 page 100 chapter. Second novel. (Y).

Lepas rehat masuk dewan tengok movie Talentime. Duduk dekat sebelah sebelah budak RK >< okay dorang awesome. Then dapat main karem and congkak. Asyik kalah je -_- Hahaha, then carik crush dekat dewan.Dia takde dekat tempat sepatutnya. Aku bangun , toleh kanan kiri. Mana crush aku ni en. Rupanya haa amek kau dia pandang aku sekali. Aku cam lahh kat sini rupanya kau. Terus duduk :> malu doh.

All the best for junior yang amek exam harini. Goodluck!

That's all. Kbai
Sekarang ni sedang cuba menghabiskan Bisik-bisik gelora nukilan Fauziah Ashari. Best kot tapi lambat nak habis sebab haa ni ketagih dengan pc -_- . Aku mendalami watak Banin Arumi dalam novel tu. Sedih kot. Sekarang baru baca like 200++ page macamtu. Ada 600 kot page. Lama lagi nak habis weh. Then terlampau syiok dan mendalami watak tu sampai aku termimpi. Hahahaha, Mimpi best pulak. Cam mimpi comolot. Bangang tak? Hahaha, Terasa kot bila bangun tu. Yah bibir tu. Mr.Saxobeat.


Kbai
Assalamualaikum , Salam satu Malaysia.




Rabu dan Khamis lalu aku dan family pergi ke Perak untuk convo angah. Dari rumah Ayah dan mama asyik bercakap tentang angah je. Pissed off ,macam aku ni tak wujud langsung. Mengarah itu ini, Cakap semua nak marah - marah je. Ingat aku takde perasaan ke? Haih, sabar jelah. Hmph , nak kata gembira tak, nak kata sedih pun tak. Apa boleh buat . As long as parent aku happy aku okay. 




Here some pictures of us : 


Ops, hihi
Angah yang suruh.



Along , Mama , Ayah, Angah


Someday I will in oversea.

Wearing a spec




Gambar lain? hihi tak perlu kot. Kbai Muah.
Dear H ,

You are great because you found all my blogs . You need to follow the rules that I gave to you. Keep all the promise. XOXO .
Silly face. Ignore if you don't like it.
Another one.
That shirt I want so much. Along bought it.
Auwwww! hihihi.
And it's stripes.!!!!
Muah bai.
ARE YOU DESERVE A SECOND CHANCE?

Dear Mr.Saxobeath.

Thank you come back in my life and gives me your hopes. I very happy and laugh like crazy last night. The way you treat me like you own this little kiddo . I not gonna put any hopes and promise on this. I think myself already forgive you. Don't repeat the same mistake. I want new you .

OTP:

M:I nak awek cam katy perry. cam ni cam tu
A:Haa tinggi cam amy,lawa cam aida,perangai cam sheera. okay tak?
M:Hahahaha cibai.

Tht's all kbai
MKM:Weh Ani , Kau dah break dengan K ke?
A:Break? Haha entah aa , kau tanya dia lah. 
MKM:Dia kata yg kau pergi remove relationship knape? Semua sbb Maya.
A:Aku nak bagi laluan dkt dia ayat perempuan lain? Salah ke do. Dia buat relationship pun hide.
MKM:Dia buat hide sbb hari 2 bpak dia bka fb dia, aduhh kau yg mcm tak sayang dia knape?
A:Ayoi , kau nak marah aku ke? Kau tahu tak dia layan aku cam mana?
MKM:Aku tak marah dkt kau. Tpi dia mcm mengadu dkt aku. Dia sebenarnya tak cukup kasih sayang. Sbb tu dia tak bagi kau kasih sygg..
A:Then kau nak aku buat apa? Thanx sbb bagitau aku semua ni dan menjadi pendengar setia yol.
MKM:Kau msg lah dia. Dia takot kau marah dia..
A:Kenapa kau bagitau aku semua benda ni?
MKM:Sbb aku nak kau cple dgn dia lah. Knape?

The end.

Hmph, Kenapa kawan-kawan dia duk sibuk tanya kenapa aku break dgn yol?
Yol dia sayang L _ _ _ _  tapi dia minat M_ _ _ . Dia cam cakap dengan aku pun nak tanak. Dia sayang aku ke macam tu? Untuk apa? Speechles. Bai.
As I promise to my friend and myself too. I want to be a better person and take a very good care about my beauty :P Hahaha, Must lah. Tak buat apa ni elok lah jaga rambut , muka , kebersihan semua.

Here some tips nak share :>

Rambut:

Bagi yang pakai tudung:

-Pilih tudung yang colour cerah bila dekat luar, tak rasa panas sangat
-Jangan inner tebal or ketat sangat.**nak bagi rambut bernafas

-Amek kuning telur sapu dkt rambut. Biar 15 minit then basuh for Rambut lebih bersinar.Seminggu sekali
-Letak limau nipis dkt rambut, biar hingga 20 minit. Then bilas dgn air bersih. For rambut bercabang, rosak.
Muka:

Beza scrub dan mask
Scrub-Scrub bertindak menanggalkan sel-sel mati dan membersihkan kulit anda secara mendalam
Mask-topeng wajah dapat memberi kesegaran pada kulit dan mengecilkan pori-pori

-Membersih,Menyegar,Melembab

Bibir:

-Campur madu dengan gula*untuk bibir bersinar

Ketiak :

-Minum rebusan air daun sirih sekali sehari *kalau sanggup
-Oreskan mentimun lps mandi for bau badan

Ini je kot yang aku jumpa. Nanti aku share lagi eh. Kbai.


Korang-korang,
Bila nak buat aktiviti sesama ni? Tasha pun dah balik sini kan. Apalagi? Jum lah. Okay Selasa depan korang dah klua. Sory lah tak dapat ikut. Then Hari - hari yang akan datang? Aku tahu korang pun mesti tak rajin datang skolah. Setakat ni kita just plan nak buat ini je kan: -taman layang-layang                                                                        -buat cake dkt rumah Alia.
Lagi? Takkan ini je. Kbai.
Nampak muka tu?

Selama ini. Yah , aku suka sorokkan kesedihan aku. Depan family, kawan. semua. Tapi bila masuk bilik. Semuanya keluar. But sometimes bila aku tak tahan sangat aku luahkan dekat close friend. Memang susah lah kan. Tanggung sorang-sorang ni. Kadang-kadang aku kerap termenung. Masa tengok tv pun boleh fikir benda lain. Hahaha pelik je. Aku just tanak kawan-kawan aku risau. Yelah bila dengan kawan-kawan mesti nak gelak-gelak. Tak suka lah sedih ni.  Masalah sentiasa ada dengan aku. Bergantung macammana kita nak atasi. Aku harap aku ada kekuatan untuk setiap dugaan yang datang. Amiin

Tukar relationship.

Hmph , sekarang ni. Dah pun tukar relationship. Aku tahu dia happy macamni.
Dear Mr.K

Kita dah seminggu buat relationship dengan facebook. I knew you hide it. Only I can see it. I am not that stupid lah. I knew who I am to you. Day by day , kita dah kurang bercakap. Do you realise it? On the phone pun tak selalu. Chatting pun cam tak happy. Tak gila-gila cam selalu.Takpe, aku terima yang kau tu tak sayang aku pun.  Pahit tau tak? Tapi itulah yang aku rasa. Lama aku tak kapel cam orang lain. Morning text,midnight call,a dozen of text,pictures,call from the one I love. Haha, okay merepek.


What can I say is
: I don't take this relationship serious like I used to . I knew you are not in love with me either. It just for fun I guess. I not gonna force you to love me, loyal to me.To be in love take time. Let it comes naturally. If you want somebody else. GO ahead. I will support you from behind. I knew I am not your dream girl. I just want you to be a better than before . Don't make the same mistake. Or Karma will wait for you.
Okay ini video tadi. Take a look!
E:N ada news ni.
N:apa apa ? cepat cepat .Hhaha
E:Ada kawan aku tanya pasal yol .
N:sapa ?asal ?
E:dia tanya , yol okay ke , ramai org kate yol player , dorg takut ani kena game lahh . then , dia cakap yol mcm abg die ke ? kie ? apa tahh
N:hmm no cmmnt . biar je lah dorang . act yol bukan playercuma maybe perempuan susah nk faham dia or dia susah nk faham perempuan sbb tu dia couple clash
E:memang lahh . aku cakap dkat kawan aku tuu , yol bukan player cuma dia cakap banyak tapi setia . paham ?
Hahah yelah . asal tetiba dorang risau or dorang jelouse sbnrnya ani couple dgn yol 
N:Hhahha
E:tu aku taktahu.hah





Hahahaha actually aku yang tanya mende-mende semua tu dkt classmate dgn kwn dia . Teehee. Dorang sayang aku kot tu :P Harap kekal lah aku dengan dia ni. Aminn!
Ehem cuci mata sekejap.
Tengoklah tu senior sekolah kita.
Handsome kot semua masa hari graduation :>
Okay tadi petang call yol . Malam tadi makan hati dengan dia. Nak mogok tanak layan dia. Tapi layan jugak. Haihh, pastu sblm call yol carik maklumat pasal dia. Habis google tu , aku carik semua pasal dia. Macam-macam aku jumpa . Hahaha,

Otp :

K:Hai sayanggg!!!
A:Err Hi , mana ni?
K:Kat luar , nak carik keje.
A:Kerja apa?
K:Angkat-angkat tanya camtu je.
A:You muka handsome cam ni elok jadi cleaner je. Okay apa.
K:Cleaner? Malu I, kerja lainlah.
A:Jadilah cleaner. Sesuai sangat kot. Bahahahhaah.

A:EH you, tadi en I jumpa ex you.
K:Haa jumpa? Siapa?
A:Kenal Amoyy tak?
K:Oh dia. Dia yang I susah nak ayat dulu kot.
A:hahaha kalau syafiqa kenal tak?
K:Haaa kenal asal? Mana you dapat ni.
A: I Tak mintak dkt sesiapa pun. Carik sendri kot. Haha
K:Eh bz, jap lagi call eh? I love you sayang. Muah.
A:Haa okeng. Iloveyou too.

Eh bro kau serious ke tu? Cam main-main je. Aku takot lah. Sebelum ni bila nak off tanak ckp iloveyou pulak. Kau dah start sayang aku ke? Kalau boleh aku nak dia cakap Iloveyou tu hari-hari.
Tadi pergi sekolah. Ada Netball tournament. Aku tak hantar team pun. Puteri Aida tak datang. Geng Aida pun tak datang. Masa perhimpunan Husna ajak masuk team dia for netball :> Hihi dapat jugak main . (Y)

Masa perlawanan pertama. Okaylah. Warm up lama tak main. Badan pun rasa demam-demam. Makan hati je dengan Yol tu. Haish. Masa perlawanan kedua. Bapak arh . Ganas gila budak-budak dia. Aku rasa nak maki nak tumbuk lempang semua ada. Dah lah jatuhkan aku banyak kali. Memang aku tak bagi chance ah dekat dorang. Main kasar jugak ah. Peduli apa aku. Panas nih! PANAS!

Lepas main , borak dengan leyha. Rindu budak tu. Borak pasal everything.

Leyha: Biar dekat dunia kita perangai teruk tapi  berjaya. Jangan dua - dua kita tak dapat. Lelaki ni kita carik yang terbaik. Kalau tak buang masa je.

Lepas rehat , tolong cikgu dekat bilik disiplin. Ramai lah jugak. Geng Izzati , Aku and Alia. Masa habis buat kerja tu best. Kiteorang cerita pasal lelaki Je kot. Hahaha, Tukar-tukar cerita. Everything. Last, balik cam biasa.

Pasal lelaki? Aku malu nak cerita pasal laki aku. Dia tak baik macam  laki korang. Haha, entah ah. Kbai :>
Okay aku tak terkejut pun dengan status kau ni. Harap bersabar nyee? :> Kbai

PLAN B

Hahaha, about my previous post. Memang aku buat betul-betul. Aku bagitahu Mr.Saxobeat. Mintak tolong dia. Aku saja nak uji K sama ada dia marah ke tak : >

M:Apa cerita ni?
A:Hmph,  K adik K_*. I kawan dengan dia sekarang.
M:then?
A:I cam ckp dkt dia 'I mengaku dia boyfrend I dkt you' then if dia tanya pape you ckp je ye tau.
M:haa okay.
A:You rasa dia camne? Dia playboy jugak ke sama dengan abang dia?
M:Haa entah. okay lah bai
A:Okay bai.

Aku tak tahu kenapa dengan dia, Dia cam blurr je sekarang. Aku pun maleh nak cakap banyak .Lagi satu , nanti kalau nak klua swimming lagi. Aku nak tarik slua dia :> teehee.  Kbai.
Semalam dah berbaik dah dengan dia. Mula-mula dia stalk aku. Comment status, Like wall post semua. Aku still buat taktahu. Sebab dia tak tegur dekat chat macam biasa tu Aku ingat dia marah dkt aku lagi kot. Semalam rasa seharian tak call. Petang tu cam buka topic. Then berbaik dah. Kiteorang chat macam biasa. All we talked about was about swimming. Dia marah betul aku pakai baju putih. Masa tu dah kelam kabut. Memang aku picked jelah apa yang ada dekat depan mata. Selua tk bawa, baju kecik tak bw.

K:Kalau you tanak mandi , I tinggalkan you dekat sini.
A:Alah, tengok dulu lahh. I tak bw seluar.

N:Eh, tak mandi ke? Ala, mandilah teman kita.
A:Hmph , yelah . 

Ikut dia tuka baju. Dia sorang je perempuan yang boleh mandi. Sorang lagi cuti. Terpakse lah temankan .
Tapi still dekat atas  , tak ikut dorang mandi pun . Just tengok. K pujuk aku. Duduk sebelah aku semua. Tunggu. Then kesian tengok dia , pi lah mandi.Baju aku warna putih. Bila basah , haih tahu jelah memang nampak habis body aku tu do. Dia punya usha aku smpai boleh nmpk bra aku. Siut ah. Hahaha,

 K dah, malam tu wc dengan dia :P Eheee, dia tak habis-habis suruh b-----l. Puk kang.! Bila off dia bising. Dia call. Ajak online balik . Teehee.

Text:
K calling twice. But aku tak jawab . Haha , tahan nafsu.

A:Apa mauuuuuu lencai? 
K:tengah buat apa?
A:Guna internet. Kau?
K:tumbuk kau tahulah. Jum wc . B - - - - l
A:Macam berani derr, haha. Maleh ah , kau b----l sendri jelah.
K:tanak dah.

Tak reply dah. Tapi last-last dia online jugak. Poooooooooooodah.! Hahaha, Lepas online otp pulak. Baik pulak dia malam ni. Aku pelik kenapa dia tak suruh  aku call? Kenapa dia je nak berkorban untuk aku? :P

Chatting :

K:Eh belanja MCD?
A:Ice - cream sundae cukup?
K:tak
A:Eh mintak lebih-lebih pulak. Pi mintak gf you
K:Bkn you gf?
A:Eh mana ada , bila you mintak kapel? Semalam .? I bkn gf you , I future wife you . 
K:ntah bila I mintak kapel? Tahun depan?

Skype :

A:Eh I ngaku you boyfriend I
K:Then dia ckp apa?
A:Oh really? cam tu je . Haha
K:Haha tak layan
A:bia ahh, abis ah you pasni byk kena soal punya.
K:Haha bia lah. Membe I kot tu .
Calling:
A:Eh nurin tu cam tak suke je kat I?
K:Dia memang cam tu laa,
A:Ke you ada perempuan lain ni?
K:Mana adalah.

A:You ada perempuan lain kan? Tipuu
K:serious takde *nada sedih :<
A:Mengaku jelah. I tak marah.
K:I ada you sorang je :>

Dan aku buat dia gelak , comel sangat : > Dari reaksi dia cam suka aku tau. Aku confuse dekat sini. . Kbai : >
Pasal tadi? Aku update nanti lah. Sekarang ni, hmph entah. Aku dah minta maaf. Tapi dia takde respon . Kbai
 Bila cakap dengan awak en mesti gila-gila. Tak boleh nak serious. Tapi cara saya cakap dengan awak tak sama dengan cara saya cakap dengan mana-mana laki. Haha,
 Dia rajin call and I always asked why. Mesti dia kecewa do. Tapi aku suka dengar suara tak matang dia tu :>